Segelintir wanita beranggapan hidup bujang lebih senang kerana tidak perlu menguruskan suami dan anak-anak. -Gambar hiasan AI
PELBAGAI kisah rumah tangga yang tular di media sosial menyebabkan ada individu takut untuk berkahwin dan memiliki anak.Di Thread, seorang wanita berkata dia diberi nasihat oleh rakan-rakannya yang sudah berkahwin agar terus membujang bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah pada masa depan. "Kebanyakan kawan aku yang dah berkahwin bagi nasihat supaya aku terus hidup bujang. Mereka kata jangan kahwin. Kawan kata kahwin ni bosan.Seseorang itu perlu membuat persediaan mental dan fizikal sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Mereka kena jaga suami, kena jaga anak. Kalau dapat suami yang sama-sama boleh tolong buat kerja rumah, okay la. Dapat suami yang nak jadi raja, 'masaklah' kau."Nanti nak rehat pun tak sempat. Begitulah nasihat mereka kepada aku," tulis wanita itu.Di ruangan komen, ramai individu turut memberi pendapat masing-masing berhubung topik ini.Wanita bujang dinasihati oleh kawan-kawannya agar tidak berumah tangga.Kawan-kawannya itu memberi nasihat berdasarkan pengalaman sendiri selepas berkahwin.Kawan-kawannya berkata wanita itu akan menderita jika tersilap memilih suami.Ramai netizen beri nasihat agar wanita itu tidak terpengaruh dengan kata-kata kawannya.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pelayar Thread, wanita itu tidak sepatutnya mendengar nasihat rakan-rakannya kerana setiap perkahwinan mempunyai dugaan berbeza-beza."Tanya kawan tu, kenapa dia tak tinggalkan suami masing-masing kalau betul kahwin tu tak seronok dan tak gembira?"Kawan kau cerita yang susah je. Bab 'sedap' dan seronok dia diam. Esok-esok anak dia dah besar, kau pula kekal single. Kawan kau tu tak berguna," tulis seorang netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'sedap' nikah janda muda... Suruh anak-anak sara bini baharu dan 'berderet' adik tiri - "Kadang-kadang RM3,000 pun tak cukup"ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin buntu bapa jemput 'sekampung' ke majlis nikah tapi enggan sumbang 'dana', rancangan awal cuma 150 paxTambah seorang lagi warganet, wanita itu pasti bahagia jika dia boleh mencari pasangan hidup yang serasi dan bertanggungjawab."Cerita setiap orang berbeza. Kawan kau mungkin dapat suami yang teruk. Kau pula mungkin akan dapat suami yang baik. Jadi, kahwin je la,"Saya tak pernah fikir semua tu. Tahu-tahu dah 12 tahun kahwin dan anak tiga orang. Carilah pasangan yang boleh toleransi. Setiap orang lain kisahnya," antara komen netizen.