Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah justeru setiap individu perlu reda dengan ketentuan-Nya. -Gambar hiasan AI
HASRAT seorang lelaki menamatkan zaman bujang tidak kesampaian apabila bakal isteri tiba-tiba mahu hubungan diputuskan hanya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.Dia mengakui sudah membayangkan betapa dirinya bahagia pada majlis itu yang akan berlangsung beberapa bulan saja lagi, dengan rakan-rakan juga tidak sabar untuk hadir meraikan hari istimewanya. Namun pengalaman pahit yang terjadi kepadanya sebagaimana diceritakan di Thread ini membuatkan dia tidak akan percaya lagi kepada kaum wanita."Lelaki mana yang tak gembira bila nak tamatkan zaman bujang dia. Tapi apakan daya jodoh tak ada. Aku dah tak percaya pada perempuan melainkan mak, ibu angkat dan kakak aku.Berbincang dengan pasangan sekiranya timbul masalah dalam hubungan. -Gambar hiasan AI"Perempuan-perempuan lain hanya tahu tabur janji manis tapi sebenarnya mencurahkan 'racun'," luahnya dalam hantaran yang tular itu.Dia mendakwa keluarga pihak perempuan sebelum ini menetapkan jumlah hantaran RM30,000 atas alasan bakal isteri memiliki ijazah dan dia menyatakan persetujuan.Namun segalanya berubah apabila keluarga pihak perempuan datang bertemu ibunya bagi memaklumkan bakal isteri mahu memutuskan hubungan."Keluarga dia beritahu aku, disebabkan dia ada ijazah jadi hantaran mesti RM30,000, takkan ada 'degree' hantaran kahwin RM15,000. Kau ingat anak perempuan pakcik ni belajar takat SPM ke?"Jadi aku gigih kerja, minta tempoh satu tahun untuk kumpul duit tapi dia tak hargai langsung pengorbanan aku. Patutnya lepas hari raya tahun ni kami akan bernikah.ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’ARTIKEL BERKAITAN: Masin mulut kakak! Doa moga adik lelaki putus tunang jadi realiti... Bakal isteri ada ‘dark side’ - “Aku pernah kena ludah dengan dia”"Tapi keluarga dia datang jumpa dengan ibu, beritahu yang dia minta putus sebab dah ada pilihan hati yang lain. Sampainya hati kau buat aku dan keluarga menderita," ujarnya.Perkongsian lelaki ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya namun tetap menitipkan nasihat agar tidak berputus asa untuk mencari pasangan baharu."Jangan macam tu... masih ada yang baik dan serius. Belum jumpa memang akan cakap macam ni. Nanti dah jumpa, silap-silap awak tak peduli dengan bekas kekasih lama."Jangan pukul rata semua perempuan bang. Saya yang kena macam ni dengan bakal suami. Dia putuskan tiga bulan sebelum tarikh kami nak bernikah.Bakal isteri minta putus beberapa bulan sebelum nikah, hasrat lelaki ini musnah.Keluarga wanita tetapkan hantaran RM30,000 kerana ada ijazah, dia gigih kumpul duit setahun.Hubungan diputuskan kerana wanita itu sudah ada pilihan hati lain.Duit dikumpul melalui simpanan, kerja sambilan dan pinjaman ibu serta kakak.Netizen simpati dan nasihatkan agar tidak pukul rata semua wanita.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sudahlah saya tempah dewan termasuk pakej. Penat tau nak menjawab bila orang tanya kenapa tak jadi kahwin," komen beberapa netizen.Difahamkan, wang hantaran tersebut berjaya dikumpul hasil simpanan gajinya selain mengikat perut dan melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan ketika cuti.Malah, dia juga terpaksa meminjam sedikit wang daripada ibunya, iaitu duit peninggalan arwah bapa serta kakaknya bagi mencukupkan jumlah RM30,000.Memandangkan perkahwinan tersebut dibatalkan, dia mahu melangsaikan semula semua pinjaman tersebut.