SEORANG isteri membuat pendedahan apabila mendakwa suaminya pernah melakukan hubungan terlarang dengan lelaki yang berperwatakan wanita.Dalam hantaran di laman X, wanita itu berkata dia bukan sahaja terkejut, malah sedih mendengar pengakuan kisah hitam suaminya itu selepas 12 tahun mereka mendirikan rumah tangga. "Suami saya buat pengakuan, dia pernah melakukan hubungan intim dengan shemale. Tapi saya adalah wanita pertama yang dia sentuh.Kehadiran orang ketiga boleh mencetuskan 'perang' dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Saya terkejut sangat lepas dia buat pengakuan. Saya rasa tak adil. Saya tak pernah sentuh mana-mana lelaki selain suami. "Lelaki yang buat hubungan intim dengan shemale ni kenapa ya? Nak kurangkan rasa bersalah ke? Kami dah kahwin selama 12 tahun," kongsinya.Hantaran itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya jijik dengan perbuatan lelaki tersebut.Seorang isteri mendakwa suaminya pernah terlanjur dengan lelaki berperwatakan wanita.Suaminya sendiri mengakui hal itu selepas 12 tahun mereka mendirikan rumah tangga.Wanita itu kesal kerana dia tidak pernah berlaku curang terhadap suaminya.Pelayar X berkata suami wanita itu berkemungkinan seorang biseksual.Ringkasan ini dijana oleh AINamun menurut seorang individu, mungkin ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh suaminya menerusi pengakuan berani itu."Kenapa dia tiba-tiba mengaku selepas bertahun-tahun ia berlaku? Saya rasa suami dia bernafsu terhadap lelaki dan wanita. Dia biseksual."Mungkin ada sesuatu yang trigger memori sehingga dia sanggup mengaku," tulis individu itu.ARTIKEL BERKAITAN: Mak nyah buat duit jual video hubungan songsang, perdaya lebih 100 remaja lelaki jadi pelakon! Kantoi buat promosi di XARTIKEL BERKAITAN: ‘Wanita jadian’ tinggalkan dunia mak nyah, hidup makin tenang jadi tukang buat keranda... “Orang tengok atas bawah sebab pelik”Segelintir netizen pula berpendapat lelaki itu tidak perlu mendedahkan rahsia silamnya sekiranya dia sudah bertaubat dan tidak mengulanginya lagi."Dia tak perlu nak mengaku macam ni. Kalau dah taubat, simpan bawa masuk ke kubur je. Tuhan tutup aib, jangan dibuka lagi."12 tahun kahwin tak bermakna awak dah kenal dia sepenuhnya. Dia kongsi bright side je, dark side dia kongsi dengan kawan sama jenis je," tulis netizen lagi.