Rupa paras menjadi kriteria penting dalam pemilihan pasangan bagi kebanyakan individu. -Gambar hiasan AI
REALITI kehidupan menyaksikan ramai individu mahukan pasangan baik, tapi dalam masa sama meletakkan rupa paras sebagai kriteria utama.Seorang individu bercerita mengenai kenalannya yang meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman dirinya yang dianggap tidak bernasib baik dalam mencari jodoh. Menurut pengadu, rakannya menyatakan bahawa hampir semua lelaki yang pernah dikenali suka mempermainkan perasaan wanita dan tidak setia."Semua orang... lelaki baik tu masih ada. Kawan saya mengeluh, katanya semua lelaki yang dia jumpa ni jenis 'kaki curang' dan 'kaki perempuan'," ujarnya di Thread.Kita perlu bijak menilai individu untuk dijadikan pasangan hidup. -Gambar hiasan AIMendengar keluhan itu, dia cuba membantunya dengan memperkenalkan seorang kawan lelaki yang dianggap baik dari segi sikap dan perangai.Namun dia kecewa apabila cadangan itu ditolak mentah-mentah."Tahu tak sebab apa dia tak nak? Kawan lelaki saya tu 'kurang' daripada segi rupa. Awak nak lelaki baik tapi masih memandang rupa."Sudah dapat yang handsome sebelum ni, padanlah kena game (dipermainkan). Lelaki baik tu masih ada cuma mereka ni kalau tak kurang dari segi rupa, mereka kurang dari segi harta," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Nampak geng lelaki melepak rupa-rupanya senario ngeri buat pelajar perempuan - “Memang kaki aku automatik cari tangga lain”ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama dah ajak kahwin, esok tanya saiz coli pula! Wanita angkat kaki, menyesal kenal lelaki ada rupa tapi tak senonohPerkongsian individu ini meraih pelbagai pendapat warganet.Seorang netizen menyokong dan faham dengan kehendak wanita berkenaan yang mahukan pasangan kacak atau sedap mata memandang."Kawan awak tu dikira sebagai bijak. Dia tak nak dapat jodoh yang hodoh dan kaki perempuan. Cuma sekarang ni dia belum jumpa yang ada rupa dan setia."Kedua-dua jantina yang ada rupa memang ada banyak peminat. Kalau jenis yang suka dua-dua jantina lagi la, kalau awak faham apa yang saya cuba sampaikan," komen individu berkenaan.Wanita kecewa rakannya menolak lelaki baik hanya kerana kurang dari segi rupa.Walaupun mahu lelaki setia, rupa paras masih jadi keutamaan.Pengadu percaya lelaki baik wujud, mungkin kurang dari segi rupa atau harta.Netizen ada yang setuju wanita berhak memilih lelaki berpenampilan menarik.Persepsi terhadap rupa dilihat antara punca sukar bertemu jodoh sesuai.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa lelaki yang memiliki rupa dan masih bujang sukar untuk dicari dan 'terhad'."Ada je yang kacak dan baik tapi kebanyakan dah jadi milik wanita lain la. Kalau ada pun mesti lelaki tu sendiri dah letak standard tinggi terhadap bakal pasangan dia."Itu ada je lelaki masih membujang. Nak cari yang sempurna memang tak ada tapi carilah yang menyempurnakan diri, mesti ada. Ramai je tapi itu la... perempuan pula yang tak nak," komen seorang lagi netizen.