Guru berdepan cabaran besar dalam menguruskan murid yang baru melangkah ke alam persekolahan. -Gambar hiasan AI
SEORANG guru sekolah rendah meraih perhatian ramai selepas dia membuat teguran terbuka kepada ibu bapa menerusi aplikasi Thread.Dalam hantaran itu, dia meminta ibu bapa agar mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran asas agar tidak menyusahkan guru ketika berada di sekolah. "Kalau tak pernah hantar anak ke sekolah, tolonglah ajar anak kat rumah cara untuk tutup dan buka bekal makanan serta cara basuh berak dan kencing.Anak-anak perlu diajar kemahiran asas sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. -Gambar hiasan"Kami cikgu, bukan bibik nak menyantuni putera puteri raja sebegitu rupa. Kita ada 39 lagi murid nak kena tahu itu dan ini. Bukan anak tuan hamba seorang je tau."Ni bukan level tak pandai, ni level manja dan mengada-ngada. Tolonglah mak ayah, peka dengan anak. Jangan 'campak' (sikap lepas tangan) semua benda kepada kami," tulis guru wanita itu.Dalam hantaran sama, guru itu memberi pujian kepada kumpulan ibu bapa yang bijak mendidik anak-anak sehingga berjaya meringankan beban pendidik di sekolah.Guru tegur ibu bapa yang tidak ajar kemahiran asas kepada anak-anak.Guru dedah ada murid sekolah rendah masih tak pandai basuh berak sendiri.Ada juga murid yang hanya makan apabila disuap oleh guru.Ramai ibu bapa turut kongsi kisah masing-masing dalam hantaran Thread tular itu.Ringkasan ini dijana oleh AIDia turut memberi saranan kepada ibu bapa agar mengajar kemahiran asas kepada anak-anak pada usia enam tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.Beberapa individu seperti guru dan ibu bapa turut meninggalkan komen masing-masing berhubung isu itu."Pelik, dekat rumah anak-anak ni tak berak ke sampai tak sempat mak ayah nak ajar cara basuh berak dan kencing?ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu jumpa bungkusan tisu atas kerusi, menggigil takut nak buka... Rupanya pelajar beri duit, ganti semula kos beli pemadamARTIKEL BERKAITAN: Cikgu junior menangis setiap hari, penat pikul beban kerja senior gred tinggi tapi buta IT! - “Saya kena urus semua sistem data murid”"Ada juga ibu bapa yang tanya cikgu untuk ajar melatih anak dia guna tandas. Sebulan cikgu kena mengajar di tandas."Bab ni memang kena ajar. Dulu sebelum masuk sekolah, saya ajar anak-anak cara uruskan kencing dan berak. Saya risau kalau menyusahkan cikgu."Itu belum lagi murid yang makan bersuap. Kalau tak suap, tak sentuh makanan. Ada juga yang bawa botol susu ke sekolah," tulis beberapa pelayar Thread.