Keyakinan diri pastinya bertambah selepas seseorang itu berjaya menurunkan berat badannya. -Gambar hiasan AI
RAMAI individu berbadan gempal berdepan masalah kurang keyakinan diri sehingga menyukarkan mereka untuk mencari pasangan hidup.Di laman X, seorang gadis berkongsi kisah perubahan hidupnya selepas berjaya menurunkan berat badan dan keluar dari kategori obesiti. "Kepada orang yang rasa loser sebab gemuk, aku pun lebih kurang macam tu dulu. Dulu berat aku 99 kilogram (kg). Sekarang tengah turunkan berat badan.Pemakanan tidak sihat menjadi salah satu punca obesiti. -Gambar hiasan AI"Aku dah tak obesiti, tapi masih lagi terlebih berat badan. Tapi Indeks Jisim Badan (BMI) dah hampir normal. Percayalah, hidup akan jadi lebih baik selepas kamu makin kurus."Aku dulu kurang yakin, tak pernah jumpa orang atau bercinta. Sekarang makin yakin, muka pun makin okay. Beauty privilege is real," ujarnya.Lebih menggembirakan, gadis itu juga sudah menemui cinta hati dan mereka sedang merancang untuk melangkah ke fasa lebih serius tidak lama lagi.Wanita obesiti kongsi kisah dirinya selepas melakukan transformasi fizikal.Selepas menurunkan berat badan, dia akhirnya bertemu cinta hati.Wanita itu berkata dia tidak pernah didekati lelaki ketika gemuk.Dia memberi nasihat kepada mereka yang senasib agar tak putus asa untuk berubah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekarang aku dah ada boyfriend yang sangat memenuhi kriteria aku. Insya-Allah, tak lama lagi dia akan jumpa mak ayah aku," kongsinya lagi.Dalam hantaran sama, gadis itu turut memberi pesanan kepada mereka yang gempal agar tidak putus asa dalam usaha menurunkan berat badan."Nasihat saya, utamakan diri kamu dulu. Bekerja keraslah untuk diri sendiri dan pada masa sama, minta pertolongan Allah," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab kau gemuk” - Banyak kali pergi ‘interview’ tapi gagal, bapa suruh anak kuruskan badan sebelum minta kerjaARTIKEL BERKAITAN: Sudah la boroi, selekeh pula! Gadis hairan golongan isteri suka suami buncit - “Kalau kita gemuk belum tentu dia terima!”Di ruangan komen, seorang pelayar X turut berkongsi kisah rakannya yang hanya bertemu jodoh selepas dia berjaya menguruskan badannya."Dulu kawan aku pun gemuk, lebih 100kg. Umur dekat 30 tak ada boyfriend. Lepas tu dua tahun setengah dia usaha sampailah berat dia 70kg."Tak lama lepas tu, jumpa jodoh, kahwin dan sekarang dah dua orang anak. Jadi, diet la guys, gemuk ni orang tak nak," tulis individu itu pula.