SEORANG gadis meraih perhatian ramai di Threads selepas berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa penghinaan fizikal oleh bapa sendiri.Menurut pengadu, dia sedar mengenai bentuk fizikalnya, namun tidak menyangka kata-kata mengguris perasaan itu boleh keluar daripada mulut bapanya sendiri. "Tadi saya bangun pagi nak pergi interview kerja. Tengah gembira borak dengan ibu, tiba-tiba ayah cakap, berapa kali pergi interview tak dapat, mungkin sebab kau gemuk.Kita perlu 'mempersembahkan' diri dalam keadaan terbaik ketika temuduga kerja. -Gambar hiasan AI"Dia cakap saya salah target. Sepatutnya kena kuruskan badan dulu baru pergi interview, barulah orang terima. Saya cakap, memang jadi gemuk hina. Bapa saya kata ya."Saya setuju (tegurannya) untuk kesihatan saya juga. Tapi waktu tak sesuai. Mood pagi nak pergi interview. Baik dia wish me luck. Macam pandang rendah dekat anak sendiri," tulisnya.Di ruangan komen, ramai individu yang meluahkan rasa simpati terhadap gadis itu, namun pada masa yang sama, mereka menggesa supaya dia menerima teguran bapa dengan hati yang terbuka.Gadis dedah jadi mangsa 'body shaming' oleh bapa sendiri.Bapanya beranggapan dia sukar dapat kerja kerana bertubuh besar.Dia hilang mood apabila mendapat teguran itu sebelum pergi temuduga kerja.Netizen beri nasihat supaya gadis itu kuruskan badan.RIngkasan ini dijana oleh AI"Apa ayah awak cakap tu betul. Dulu saya interview sebagai peguam, berat 120 kilogram (kg), kena reject. Saya pun tahu sebab apa kena reject."Company sekarang aware, staf gemuk cenderung berpenyakit. Tak aktif, cepat penat. Mereka tak nak tanggung kos perubatan dan effect produktiviti.ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan ketika ‘1st date’ sebab gemuk, lepas kurus wanita sama ‘kejar’ ajak sambung hubungan - “Dah lainlah, so handsome”ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk rakan gemuk, remaja ‘terciduk’ disergah abang mangsa ‘body shaming’ dalam kafe - “Jangankan lelaki, kerja pun tak nak kau”"Ada betulnya apa yang ayah awak cakap. Maaf, bukan nak merendahkan awak. Tapi sekarang semua tengok rupa, mungkin 10 peratus je tak tengok rupa," tulis netizen.Netizen turut memberi kata-kata semangat untuk gadis itu berubah dan membuktikan kemampuannya."Kalau saya, buktikan pada ayah yang saya boleh kurus. You can do it girl."Bapa-bapa memang macam tu. Mereka nak yang terbaik untuk kita. Turun berat bukan untuk cantik je, tapi untuk sihat," tulis netizen lagi.