suria

Ditinggalkan ketika ‘1st date’ sebab gemuk, lepas kurus wanita sama ‘kejar’ ajak sambung hubungan - “Dah lainlah, so handsome”

Sesetengah individu memilih pasangan berdasarkan paras rupa dan penampilan menarik. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN bagi sesetengah individu, penampilan atau fizikal bukan perkara utama yang menjadi kriteria dalam memilih pasangan.

Namun hakikatnya, mereka yang tergolong dalam kategori kurang menarik dari segi fizikal tetap berdepan cabaran tersendiri terutama apabila melibatkan soal percintaan, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang jejaka ini di laman sosial.

"Ya aku mangsa beauty privilege masa aku gemuk. Waktu 2019, I was on Tinder. Tak sedar diri gemuk kan. Tapi biasalah naluri manusia nak berpasangan, nak berkahwin ada keluarga. So aku match dengan seorang hamba Allah ni.

"Masa aku obes 100++ kilogram (kg), muka sampailah paras dada aku, tak nampak macam 100kg pun. Aku lebih nampak macam well-built," kongsinya.

Boleh dikatakan individu yang mempunyai berat badan berlebihan berdepan diskriminasi dalam mencari pasangan hidup. -Gambar hiasan

Dipendekkan cerita, menurut lelaki tersebut, dia dan wanita yang dikenali di aplikasi janji temu itu sepakat untuk bersua muka selepas beberapa minggu berkenalan.

"Masa tu jumpa dekat Starbucks. Aku sampai dulu, lebih kurang 20 minit macam tu, dia sampai. Masa mula-mula jumpa tu okay je... order air, borak dalam 15 minit. 

"Tiba-tiba dia angkat call. Dia bangun dan jawab call jauh dari aku. Aku nampak reaksi muka dia macam terkejut... atau buat-buat terkejut? Aku ni jenis boleh baca air muka orang tu berlakon ke apa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Malu kena ‘reject’ satu hal, wanita sering jadi bahan lawak rakan ofis sejak luah perasaan terhadap bos

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada yang sudi! Sering kena ‘reject’ sebab rendah, lelaki ini tak sangka tepati 14 ciri calon suami wanita kenal di Tinder

"Dia masuk balik, dia cakap, sorry you nenek I meninggal. I have to go. Dia ambil air dia dan terus 'chow'. Malam tu aku text dia. Single tick. Aku check Tinder, dah unmatched. Realiti yang sangat memberi kesan," tulisnya.

Bercerita lebih lanjut, tanpa disangka individu yang sama secara tiba-tiba menghubunginya kembali selepas dua tahun, lebih tepat, selepas penampilannya berbeza kerana berjaya menurunkan berat badan.

  • Seorang lelaki berkongsi pengalaman bagaimana fizikalnya mempengaruhi layanan dan penerimaan orang lain.

  • Ketika beratnya lebih 100kg, dia berkenalan dengan seorang wanita di Tinder.

  • Pada pertemuan pertama, wanita itu memberi alasan 'nenek meninggal' sebelum beredar, kemudian terus menghilangkan diri.

  • Wanita yang sama menghubungiya semula dua tahun kemudian, selepas lelaki itu berjaya turunkan berat badan.

  • Dia enggan melayan wanita tersebut selepas dirinya pernah ditolak. 

"Kebetulan masa tu aku viral dekat TikTok. Aku share pasal weight loss journey aku. 

"Nak dijadikan cerita. TikTok aku lalu dekat FYP (for you page) dia. Dari situ dia tiba-tiba follow aku dekat TikTok dan Instagram. Dia DM (direct message) aku dekat IG, Wah dah lainlah sekarang. So handsome. 

"Ada satu hari tu dia reply story aku, awak rasa ada tak peluang untuk kita sambung semula hubungan sebelum ni? Aku cakap, saya belum bersedia untuk terlibat dengan sesiapa buat masa ini," tulisnya lagi.

Sebahagian daripada reaksi warga maya.

Tidak berniat untuk membangga diri, namun ujar lelaki itu, dia sekadar berkongsi pengalaman sendiri yang pernah ditolak hanya kerana berpenampilan tidak menarik.

"Aku cuma nak tunjuk bagaimana orang layan kau secara berbeza berdasarkan rupa paras. Orang lebih mengiktiraf atau menghargai kau bila nampak cantik atau menarik," akhirinya.

Artikel Lain