SEORANG wanita menasihati golongan ibu hamil yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan awam.
Baginya, klinik swasta mengenakan bayaran yang tinggi untuk tujuan tersebut justeru ia tidak sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah melainkan telah membuat persediaan dari segi kewangan.

Ramai ibu hamil memilih membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. -Gambar hiasan AI
"Ukur baju di badan sendiri, kalau tak mampu (swasta) pergi klinik kerajaan," ujarnya di Thread.
Pandangannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya bersetuju dengan apa yang disuarakan.
ARTIKEL BERKAITAN:Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertikai 'kuasa' jururawat KK, PAC... Dakwa ramai suka hati tengking, malukan ibu hamil sampai ada yang menangis
"Member kakak aku nak check-up, bersalin semua pinjam duit kakak aku sebab tak mahu buat di kerajaan. Tiga kali bunting, tiga kali pinjam duit.
"Tak ada duit buatlah cara tak ada duit, ini demand nak buat pemeriksaan di swasta.
- Wanita nasihat ibu hamil kurang mampu supaya buat pemeriksaan di klinik kerajaan.
- Katanya, klinik swasta mahal dan tidak sesuai untuk golongan berpendapatan rendah.
- Netizen setuju, kongsi kisah wanita hamil yang kerap pinjam duit demi bersalin dan buat pemeriksaan di klinik swasta.
- Viral mesej wanita hamil minta pinjam wang untuk check-up di klinik swasta kerana tak suka klinik kerajaan yang ramai orang.
- Permintaannya ditolak, menimbulkan perbincangan tentang kemampuan dan pilihan rawatan ibu hamil.
"Aku yang berduit ni pun pergi ke klinik kerajaan, yang tak ada duit beria 'mengemis' minta untuk check-up kat swasta," demikian reaksi netizen.
Hantaran ringkasnya itu dibuat susulan tangkap layar tular mesej perbualan seorang wanita hamil yang meminta bantuan pinjaman wang bagi membiayai kos pemeriksaan kandungannya di sebuah klinik swasta.

Antara reaksi netizen.
Menerusi mesej tersebut, individu itu juga mengeluh mengenai kehadiran ramai pesakit di klinik kesihatan yang terletak berhampiran rumahnya.
"Salam, boleh pinjam duit? Akak nak check-up baby dekat swasta tapi tak cukup duit.
"Klinik kerajaan area rumah akak ni tak friendly, ramai sangat orang check-up dekat situ," luah wanita hamil tersebut.
Walau bagaimanapun, permintaannya itu tidak ditunaikan.


