suria

Wanita tak setuju mak ayah paksa anak berhijab sejak kecil - "Banyak kes bila sampai KL tudung terbang"

Ada sebahagian ibu bapa mendidik anak bertudung sejak kecil. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu terburu-buru memaksa anak perempuan bertudung sejak kecil.

Sebaliknya dia menyarankan agar ibu bapa memberi ruang untuk mereka memahami konsep aurat dengan betul.

Menurutnya, paksaan pada usia muda tanpa kefahaman jelas hanya menyebabkan anak-anak bertudung kerana terpaksa.

Anak-anak perlu diberi pemahaman jelas mengenai agama. -Gambar hiasan AIAnak-anak perlu diberi pemahaman jelas mengenai agama. -Gambar hiasan AI

"Mak kepada anak perempuan tak payah kalutlah nak paksa anak-anak pakai tudung dari kecil.

“Biar mereka puas free hair, sambil itu ajar pemahaman agama kenapa perlu tutup aurat. Banyak kes depan mak ayah bertudung litup, tapi sampai Kuala Lumpur tudung 'terbang',” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terkilan, lepas disuruh pakai baju dan tudung labuh suami galak tengok awek seksi... Nafkah anak bini 'ke laut'

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai tudung bawal tak tutup dada, baju pula lengan pendek... Anak nampak malu jalan dengan mak ambil kad laporan di sekolah

Wanita itu berkata kenyataannya bukan bertujuan menyerang mana-mana pihak, sebaliknya mengajak ibu bapa khususnya golongan ibu untuk berfikir tentang perkara ini.

"Awak tak setuju? Tak mengapa, tiada sesiapa suruh awak setuju pandangan saya.

"Awak kalau rasa kena serang, baik periksa balik sebenarnya awak ke yang paksa anak tu?" katanya.

Jelas wanita itu lagi, dia sendiri berasal dari keluarga berpendidikan agama, dengan ibu bertudung labuh dan tujuh beradik perempuan yang semua bersekolah di institusi agama. 

  • Wanita nasihat ibu bapa jangan paksa anak bertudung sejak kecil.
  • Paksaan hanya buat anak bertudung kerana terpaksa, bukan kesedaran.
  • Dia dibesarkan dalam keluarga agama tanpa dipaksa bertudung.
  • Anak perlu ruang untuk faham aurat dan malu sendiri.
  • Netizen sokong, kesedaran bertudung lebih berkesan tanpa tekanan.

Namun, ibunya tidak pernah memaksa mereka adik-beradik bertudung, sebaliknya membiarkan setiap anak melakukannya mengikut kesediaan masing-masing.

"Jadi ajarlah anak konsep malu dan aurat, biasakan juga pakai tudung bukanlah tak pakai langsung tudung. Aku bukan liberal.

"Bukan paksa pakai tudung setiap masa sedangkan belum sampai kewajipan yakni baligh. Jadi maksudnya di sini, beri ruang anak tu dapat kesedaran sendiri di samping kita terapkan ajaran agama," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan ada yang mengakui terdapat kebenaran dalam perkongsian wanita tersebut.

"Dah lama saya nak cakap benda macam ni tapi tak terluah. Terima kasih atas perkongsian awak.

"Mak saya tak pernah paksa saya pakai tudung tapi bila usia meningkat 15 tahun kesedaran nak pakai tu timbul sendiri.

"Betul tak boleh paksa, kalau terlalu memaksa mereka akan benci nak pakai. Macam anak saya umur 10 tahun dia sendiri nak pakai," antara komen netizen.

 

Artikel Lain