suria

Anak sedih tiada didikan agama, kesal dapat ibu bapa tak pernah solat - "Hidup aku sengsara jadi anak mak dan abah"

Selepas lebih 20 tahun, seorang wanita baru belajar menunaikan solat. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman peribadi mengenai kehidupannya yang hidup tanpa agama sehingga berusia 20 tahun.

Menurut wanita itu, dia membesar dalam keluarga yang ibu bapa tidak menunaikan solat dan setakat yang diingati, kali terakhir melihat bapanya sembahyang ketika dia berusia sembilan tahun.

Dia juga pernah bertanya kepada datuknya mengenai ibadat wajib bagi umat Islam itu, namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. -Gambar hiasa AIMembaca dapat menambah ilmu pengetahuan. -Gambar hiasa AI

"20 tahun lebih hidup, aku tak pernah nampak mak abah solat. Aku pernah tanya tok wan (datuk) kenapa mak tak pernah solat? Tokwan pun tak ada jawapan. 

"Jadi aku membesar dengan keluarga yang seperti tiada agama," kongsinya di media sosial.  

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah bukan ‘provider’, solat wajib pun tinggal! Janji temu pertama wanita ini serba tak kena, terjumpa lelaki ‘redflag’

ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

Semasa di sekolah, dia mengaku tidak pernah belajar solat dengan betul walaupun ada diajarkan surah-surah pendek di kelas. 

"Mak abah tak pernah ajar aku solat. Kalau ada kem bestari solat kat sekolah, aku mesti tak nak datang, sebab aku tak tahu solat. 

"Aku malu, aku takut kawan sekelas hukum aku. Aku tahu solat tu wajib, tapi aku tak belajar solat. Aku tak tahu nak mula dari mana," luahnya.  

Semasa di sekolah menengah pula, dia hanya pura-pura solat ketika waktu Zuhur dan Asar kerana tidak tahu bacaan yang betul.

  • Wanita membesar tanpa didikan solat sehingga usia 20 tahun.
  • Di sekolah, dia hanya pura-pura solat kerana tidak tahu bacaan.
  • Malu dan takut dihukum rakan membuatkan dia elak belajar solat.
  • Belajar solat sendiri melalui TikTok, YouTube, dan buku pada usia 20 tahun.
  • Kini istiqomah solat, walaupun berdepan sindiran dan pengalaman hidup sengsara.

"Bila tengok orang solat, aku rasa macam sesuatu yang aku tak tahu nak cakap macam mana. Kadang aku cemburu bila tengok orang pandai solat," katanya.

Bagaimanapun segalanya berubah ketika dia berumur 20 tahun dan mula bekerja sambilan yang mana dia mengalami sesuatu yang kurang baik dalam hidupnya.

"Aku dapat cahaya hidayah tu masa tengah scroll TikTok. Aku beli sendiri telekung, buku belajar solat, dengan Quran yang ada sekali terjemahan.

"Masa belajar pergerakan solat yang aku ingat-ingat lupa, aku pakai 'earbud' untuk dengar bacaan solat dari YouTube.

"Lebih kurang dua bulan aku dah pandai solat tanpa bantuan apa-apa. Aku belajar sendiri. Aku dah boleh buat tahajud, hajat, duha," katanya.

Kata wanita itu lagi, dia akan mengunci pintu ketika solat tetapi dia dapat merasakan yang ibunya tahu dia sudah mula belajar sembahyang.

"Mak cakap, kalau solat tunggang langgang tapi kurang ajar pun tak guna juga. Hanya disebabkan aku tanya mak telekung aku mana?

"Terima kasih, mak. Aku harap kalau ada kehidupan selanjutnya, aku tak jadi anak mak. Hidup aku sengsara jadi anak mak dengan abah," katanya.

 

Artikel Lain