TIDAK dinafikan, kehadiran orang ketiga menjadi antara penyumbang utama kepada jumlah kes penceraian di negara ini.
Dalam satu perkongsian di Threads, luahan seorang suami yang sedih lantaran rumah tangganya dilanda badai kerana isteri terjerat cinta lelaki kaya, benar-benar mengundang sebak warga maya.
Menurut lelaki tersebut, kisah bermula selepas isterinya bergiat aktif dalam grup Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak mereka.
"Pada mulanya saya anggap biasalah dah jadi ahli grup sekolah ni aktif untuk naikkan sekolah. Tapi satu hari saya terjumpa mesej wife saya bertulis 'kanda'.
Penceraian akan memberi kesan yang besar kepada anak. -Gambar hiasan
"Mengamuk betul saya hari tu juga. Lepas saya soal siasat rupanya dia ada hubungan sulit dengan Yang Dipertua PIBG.
"Sekarang kami duduk asing-asing dan dalam proses penceraian," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Threads.
Menurut lelaki tersebut, pada mulanya dia berhasrat mahu menyelamatkan rumah tangga yang sudah menjangkau usia 12 tahun kerana memikirkan empat anak yang masih kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah isteri lepas diterjah, wanita dipercayai skandal nafi ada hubungan istimewa - "Aku panggil dia B, B tu brother la"
ARTIKEL BERKAITAN: Status 'bini orang' tapi curang, zina... Wanita nekad bocor rahsia BFF dah kawan hampir 30 tahun - "Suami dia sangat baik, alim"
Bagaimanapun ujarnya, dia tidak dapat menipu perasaan sendiri kerana terluka dikhianati isteri yang selama ini dianggap seorang wanita yang solehah.
"Tiap malam aku menangis... macam s**l dia buat aku macam ni. Bini aku memang lawa, putih melepak. Silap akulah tak pantau dia mesej dengan siapa.
"YDP tua tu ada bisnes, mungkin dia goda bini aku dengan duit. Pihak sekolah tahu tapi buat diam sebab YDP tu banyak beri sumbangan.
"Sampai sekarang aku rasa semua ni mimpi sebab wife bukan perempuan jahat pun. Siap pakai stoking dan handsocks kalau keluar. Alih-alih macam ni. Aku pun sampai sekarang tertanya-tanya apa silapnya sampai jadi macam ni," luahnya lagi.
Seorang suami meluahkan rasa sedih kerana isterinya curang dengan lelaki kaya yang juga Yang Dipertua PIBG.
Hubungan sulit itu dipercayai bermula apabila isterinya aktif dalam grup PIBG di sekolah anak mereka.
Suami itu menemui mesej mencurigakan, lalu pasangan tersebut kini tinggal berasingan dan dalam proses penceraian.
Lelaki itu mengaku sangat terluka apatah lagi isterinya dianggap sebagai wanita solehah.
Dia meminta agar netizen mendoakannya tabah menghadapi ujian.
Lelaki tersebut dalam masa yang sama meminta warga maya mendoakan agar dirinya tabah untuk mengharungi ujian ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain menyarankan beberapa tindakan yang wajar diambil lelaki tersebut demi mempertahankan maruah diri dan masa depan anak-anaknya.

Antara reaksi netizen terhadap luahan lelaki berkenaan.
"Dengar cakap aku... fail nusyuz, sampai mahkamah jatuhkan nusyuz.
"Kalau ada video boleh report Jabatan Agama.
"Lepaskan saja bro, wanita akan tertarik dengan definisi sendirinya tentang apa yang dianggap kebolehan dan kejayaan," demikian antara komen netizen.


