suria

Wanita bongkar sisi gelap sekolah berasrama, pusat tahfiz... Dakwa tempat berputik minat kaum sejenis

Corak kehidupan di asrama membuatkan hubungan antara pelajar menjadi erat. -Gambar hiasan AI

KES serbuan di pusat kesihatan lelaki yang dikaitkan dengan kegiatan songsang mendorong seorang wanita berkongsi pandangannya mengenai punca wujudnya golongan meminati individu sama jantina.

Dakwanya, tingkah laku songsang itu berpunca dari suasana dan rutin pelajar di sekolah berasrama serta pusat tahfiz.

"Ini benar, aku berada dalam industri dan bekerja bebas hampir tujuh tahun... jumpa ramai orang, ramai kenalan dari kaum ni.

Segelintir lelaki berkecenderungan songsang berkahwin untuk menutup aib. -Gambar hiasan AI

Segelintir lelaki bernafsu songsang berkahwin untuk menutup rahsia. -Gambar hiasan AI

"Zaman aku belajar memang banyak. Jadi aku nak kongsikan, pasal asramalah punca utama golongan ini wujud," ujarnya di Thread.

Wanita ini turut mendakwa tenaga pengajar dan ustaz yang berkhidmat di institusi pengajian tersebut juga mempunyai kecenderungan seks sejenis.

"Masuk asrama atau tahfiz, tenaga pengajar songsang sampai budak-budak di situ semua keluar jadi songsang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1... Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini pegang status PLHIV lepas setahun kahwin... Derita akibat suami kejam amal hubungan luar tabii

"Mereka tak terus terang tapi 'cucuk' (pujuk) nak jadikan anak angkat. Anak-anak yang normal pun rosak disebabkan nafsu," tambahnya.

Menurutnya lagi, kehidupan dan rutin pelajar di asrama bukanlah di bawah pemantauan ibu bapa sebaliknya tanggungjawab sepenuhnya tenaga pengajar.

  • Wanita dakwa lelaki bernafsu songsang berpunca dari persekitaran asrama & tahfiz.
  • Katanya ada tenaga pengajar atau warden asrama berkelakuan tidak bermoral hingga ‘rosakkan’ pelajar.
  • Pesan ibu bapa supaya lebih berhati-hati sebelum hantar anak ke sekolah berasrama.
  • Netizen turut luahkan kebimbangan dan gesa pemantauan lebih ketat.
  • Ada yang mendakwa banyak kes bermula di institusi satu jantina seperti asrama, sekolah agama & pusat latihan.

Susulan itu, dia berharap ibu bapa sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya mempunyai hasrat untuk menghantar anak ke sekolah berasrama atau pusat tahfiz.

"Mak ayah tolong hati-hati kalau nak hantar anak ke mana-mana asrama atau tahfiz, periksa semua perkara," ujarnya lagi.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meluahkan kebimbangan tentang isu ini.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Benci syaitan yang bertopengkan agama, 'seriously' jabatan agama kena pantau dan buat serbuan dekat sekolah agama atau asrama pula.

"Kebanyakan bermula dari tempat yang hanya ada satu jantina seperti di asrama, sekolah agama, tahfiz... pusat latihan tentera, polis macam Palapes dan Suksis pun ramai.

"Perkara ni betul, asrama penyebab utama ramai budak jadi gay," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain