suria

Wanita pertikai guru dapat gaji walau cuti sekolah, pekerja swasta gigih kerja demi bonus 'samar-samar' - "Sebenarnya ni eksperimen sosial"

Tugas guru dalam mendidik anak bangsa tak semudah disangka. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mempertikaikan golongan guru yang tetap menerima gaji walaupun tidak perlu mengajar sepanjang cuti. 

Dia berpandangan, situasi sebegini adalah tidak adil berbanding pekerja di sektor lain yang perlu bertungkus lumus sepanjang masa.

Malah wanita ini turut membandingkan kerjaya sebagai pendidik dengan pekerja swasta yang dikatakan terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapatkan bonus.

Menghina orang lain di media sosial adalah perbuatan keji. -Gambar hiasan AI

"Cuti sekolah nak dekat dah. Cikgu-cikgu makan gaji buta sebulan tu. Saya rasa sangat tak adil ye. Yang gaji RM10,000, tu dapat macam tu je.

"Tak kerja pun dapat duit, banding kami yang kerja swasta terpaksa berhempas pulas siang malam untuk dapat bonus setengah bulan, tu pun kalau ada," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amin Idris ‘sekolahkan’ individu hina guru tak mampu beli kereta mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga guru wanita rancak mengumpat anak murid, siap gelak sambil makan di kedai… Paling sedih sampai hina punca rezeki bapa pelajar!

Wanita itu turut menjawab kritikan yang menyarankan agar dia mencuba kerjaya perguruan terlebih dahulu sebelum mengkritik.

"Maaf, saya bukan bongkak. Saya pernah ditawarkan masuk Institut Pendidikan Guru (IPG) selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi saya memilih kursus seni dan kulinari di universiti swasta,” katanya.

Perkongsian itu mengundang kecaman ramai hingga wanita itu tampil memohon maaf menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah eksperimen sosial.

  • Wanita pertikai guru dapat gaji ketika cuti sekolah.
  • Netizen kecam pendapatnya yang menyatakan guru makan gaji buta.
  • Dia jelaskan pernah ditawarkan IPG tetapi pilih bidang lain.
  • Selepas dikecam, dia kata hantaran itu hanya eksperimen sosial.
  • Netizen tetap ragu dan anggap alasannya menipu.

"Sebenarnya bulan 12 ini saya akan sambung belajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) setahun di IPG di utara.

"Semoga dapat posting dekat negeri Kelantan atau Johor sebab teringin nak dapat jodoh dari salah satu negeri ni," katanya.

Netizen beranggapan permohonan maaf dan penjelasannya berkaitan tawaran DPLI cuma satu helah selepas dia dikecam.

"Celah mana IPG tawar DPLI? Betul ke tak betul kau ni? Macam menipu je.

"Nak jadi cikgu juga?  Tak takut makan gaji buta? Kerja cikgu kan senang, separuh hari takut awak bosan nanti.

"Semoga mendapat kifarah! Kesian awak ya. Rasa tak perlu kot nak buat eksperimen sosial," antara komen netizen.

 

Artikel Lain