SEORANG wanita mempersoalkan kewajaran dan tujuan golongan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke tadika swasta meskipun kurang berkemampuan dari segi kewangan.
"Tak faham kenapa ada mak ayah yang nak juga hantar anak ke tadika mahal-mahal sedangkan tak mampu.
"Apa yang you cuba nak tunjuk dekat orang? Tadika biasa ni tak bagus ke.

Perkhidmatan pengasuh antara pilihan utama ibu bapa. -Gambar hiasan
"Lepas tu merungut, hujung bulan tak cukup duit," ujarnya di Thread.
Bagi wanita ini, kanak-kanak yang berada di tadika tidak perlu bersaing sesama mereka untuk menjadi lebih bijak mahupun pandai.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas hati cikgu tadika paksa bayar RM110 walau anak tak sertai rombongan... Rasa seperti kena scam!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram tadika kerajaan dimonopoli warga asing… Anak tempatan kena ‘reject’ gara-gara ibu bapa gaji RM5,000
Malah katanya, terdapat banyak tadika bertaraf biasa yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak mengikut perkembangan usia mereka.
"Usia macam ni sesuai belajar adab, akhlak, mengemas, bergaul, berkawan dan 'enjoy' zaman kanak-kanak.
- Wanita persoal ibu bapa hantar anak ke tadika mahal walau tak mampu.
- Dia berpendapat tadika biasa pun bagus, fokus ajar adab & perkembangan asas.
- Tegur ibu bapa yang merungut hujung bulan tak cukup duit.
- Netizen balas: ramai pilih swasta sebab kuota dan perlukan 'daycare'.
- Ada yang luah tadika murah dibolot keluarga kaya, terpaksa pilih swasta.
"Bukanlah 'tekan' (paksa) dia suruh bijak daripada orang lain," tambahnya.
Pandangannya itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang warga maya terutama golongan ibu sehingga ada yang menyifatkan dia tidak banyak bergaul dan tiada pengalaman kerana belum mendirikan rumah tangga.

Kebanyakan netizen menjelaskan kenapa mereka menghantar anak ke tadika swasta.
Ramai yang menyatakan tadika swasta bukanlah pilihan utama mereka sebaliknya terpaksa menghantar anak disebabkan isu kuota dan pendapatan bulanan keluarga yang melebihi syarat ditetapkan.
"Orang suka beranggapan yang hantar tadika mahal sebab nak menunjuk, padahal ramai macam kami yang kedua-duanya bekerja... jadi perlukan daycare sekali.
"Tolong cadangkan tadika murah yang sampai pukul 6.30 petang.
"Bukan tak bagus tapi tadika biasa ni dah dibolot oleh ibu bapa yang kaya sampai saya dah bosan cari tadika, jadi terpaksa tadikakan anak di swasta," demikian antara perkongsian netizen.


