SECARA zahirnya, mungkin ramai yang beranggapan bekerja di pusat asuhan kanak-kanak atau taska kelihatan menyeronokkan dan mudah.
Namun hakikatnya, cabarannya bukan sedikit lebih-lebih lagi jika bayaran gaji tidak setimpal dengan tugas yang dilakukan.
Dalam satu hantaran di Threads, seorang bekas pekerja taska menceritakan pengalaman getir yang dialami sehingga memaksanya membuat keputusan drastik untuk meninggalkan pekerjaan tersebut biarpun tidak mempunyai pelan sokongan.
Ramai ibu bapa menghantar anak kecil ke taska kerana tuntutan tugas. -Gambar hiasan
"Saya cuba untuk bertahan tapi tak mampu. Memang sangat meletihkan. 10 jam kerja, dibayar RM1,400 untuk tiga bulan pertama," tulisnya.
Tidak mendedahkan lokasi tempat kerjanya, individu tersebut berkata dia melakukan tugas-tugas pembersihan dan gajinya dibayar mengikut hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Wakil HR minta calon senaraikan komitmen bulanan, persoal keperluan minta gaji tinggi… Paling tak boleh terima siap tanya jenama kereta!
ARTIKEL BERKAITAN: Majikan kaya tapi kedekut! Pengasuh anak dikerah buat kerja orang gaji, cuti seminggu sekali - “Berbaloi ke semua ni?”
"Gaji kira hari, tak dibenarkan pegang telefon bimbit kecuali waktu rehat, semua kerja kena buat seperti vakum, mop, cuci tandas.
"Awak takkan pernah faham sisi gelap sebuah taska kecuali jika awak sendiri pernah bekerja di sana," kongsinya.
Seorang individu berkongsi sisi gelap bekerja di taska hingga dia akhirnya nekad 'angkat kaki'.
Dia bekerja 10 jam sehari dengan gaji RM1,400 untuk tiga bulan pertama dan turut melakukan kerja pembersihan.
Telefon bimbit tidak dibenarkan kecuali waktu rehat, manakala gaji dibayar secara harian.
Walaupun suka menjaga kanak-kanak, dia tidak mampu bertahan kerana gaji tidak setimpal dengan beban kerja.
Perkongsian itu mengejutkan netizen yang mempersoalkan mengapa pekerja taska sering diberi gaji rendah.
Tambah individu tersebut, biarpun amat suka berdampingan dengan kanak-kanak di taska berkenaan, namun dia terpaksa mengambil langkah untuk berhenti kerja dek bayaran gaji yang tidak setimpal.
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati dan terkejut kerana masih ada individu diberi bayaran tidak setimpal dengan bebanan kerja.

Ada antara warga maya yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan individu berkenaan.
"Kenapa taska selalu underpaid ya sedangkan yuran parents bayar bukan murah. Bayi saya usia setahun, yuran tahunan je RM1,800... bulanan RM650. Kenapa majikan?
"Tahun lepas kerja taska, mentang-mentang kita baru habis SPM, bagi gaji RM600 je sebulan tapi kerja lagi penat daripada yang dah permanent... sama macam awak.
"Dah pernah kerja tiga taska, sangat tak rekomen. Kesihatan mental makin teruk," demikian antara komen netizen.


