SEORANG wanita meluahkan rasa bimbang tentang isu lambakan kemasukan kanak-kanak warga asing ke tadika separuh kerajaan.
Menerusi hantaran di Threads, dia turut menyatakan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ibu bapa tempatan yang berpendapatan RM5,000 ke atas sukar mendapatkan tempat untuk anak mereka di tadika berkaitan.
"Aku bukan racist tapi nak luahkan... patutlah ibu bapa yang pendapatan RM5,000 ke atas susah dapat permohonan (kemasukan) tadika.

Kehadiran warga asing yang terlampau ramai meresahkan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AI
"Tahu tadika tu separuh kerajaan, tapi semalam jumpa ibu bapa bukan main ramai boyan dengan orang Indonesia yang anaknya dapat masuk tadika," luahnya.
Dia yang seolah-olah kecewa dengan kaedah kemasukan ke institusi pendidikan kanak-kanak itu turut mempersoalkan bagaimana ibu bapa bukan warganegara berpeluang mendaftarkan anak di sekolah berkaitan kerajaan.
Baginya, kemudahan tersebut sepatutnya disediakan untuk rakyat tempatan dan bukannya warga asing.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang tengok warga asing banjiri Klinik Kesihatan, bimbang kadar kelahiran bukan warganegara meningkat
ARTIKEL BERKAITAN: Staf hospital tangkap warga asing guna MyKad dapatkan rawatan, kantoi tak ingat tarikh lahir - “Slang macam Bangladesh, Rohingya”
"Kenapa berebut ambil kuota orang Malaysia?
"Walaupun gaji ibu bapa RM5,000 ke atas, itu (tadika) hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
"Sedangkan (warga asing) boleh pergi sekolah swasta," tambahnya.
- Wanita bimbang tadika separuh kerajaan dipenuhi kanak-kanak warga asing.
- Dakwa ibu bapa tempatan bergaji RM5k sukar dapat tempat.
- Persoal kenapa bukan warganegara dapat kuota tadika kerajaan.
- Netizen setuju, gesa kerajaan tetapkan syarat dan kuota jelas.
- Ada yang kongsi pengalaman anak warga asing mudah dapat tempat berbanding rakyat tempatan.
Wanita ini juga mendakwa banyak lagi kemudahan orang Malaysia yang direbut warga asing.
Hantarannya itu kemudian mengundang pelbagai pandangan dalam kalangan netizen, dengan kebanyakannya bersetuju.
Malah ramai yang berharap kerajaan menetapkan kelayakan, kuota dan garis panduan kemasukan ke tadika di bawah agensi kerajaan.

Warga maya turut meluahkan rasa terkejut dan tidak puas hati.
"Sepatutnya tadika dan sekolah kerajaan tu diberikan kepada anak-anak warganegara sahaja dan sekat kemasukan untuk warga asing.
"Inilah fenomena yang berlaku sejak lima tahun lepas, ada sekolah kebangsaan yang majoriti muridnya adalah ibu bapa warga asing.
"Jiran saya orang Indonesia, anaknya dapat tadika Kemas sedangkan saya anak jati kampung tu tak dapat... dasar kroni," demikian reaksi netizen.


