Pengalaman lif tersekat memang boleh menjadi sangat menyeramkan, terutamanya jika ia berlaku di bangunan sunyi. -Gambar hiasan AI
PADA tahun akhir pengajian ijazah, aku dan rakan mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari hostel yang disediakan pihak universiti.Bagi kami ini adalah peluang keemasan untuk merasai sendiri realiti kehidupan di luar dan belajar berdikari di rumah sewa sendiri sebelum masing-masing melangkah ke alam pekerjaan. Namun, rancangan tersebut dibuat pada masa yang sangat singkat iaitu hanya tinggal dua minggu sahaja sebelum semester baharu bermula.Dalam keadaan yang makin terdesak, kami terpaksa menyambar apa sahaja unit kediaman yang murah dan kosong tanpa berfikir panjang.Akhirnya kami membawa diri untuk menyewa di sebuah apartmen lama yang terletak di Shah Alam, Selangor.Sebenarnya, terlalu banyak gangguan mistik yang kami alami sepanjang menetap di situ.Namun, ada satu kejadian yang paling aku tidak boleh lupa sampai sekarang iaitu melibatkan rakan serumah aku sendiri bernama Ahmad.Rumah kami berada di tingkat 10 dan yang lebih menyeramkan, kami merupakan satu-satunya penghuni yang mendiami aras tersebut. Setiap kali keluar dari rumah, ruang koridor di tingkat kediaman mereka sentiasa sunyi dan gelap gelita.Banyak unit lain kelihatan terbiar, pintu terbuka luas dan perabot berselerak seperti sudah lama ditinggalkan penghuni asal.Suatu petang, Ahmad mengajak aku ke kampus untuk bermain bola sepak tetapi aku tolak kerana badan terlalu penat.Jadi dia turun ke bawah seorang diri. Tidak lama selepas dia melangkah keluar, telefon bimbit aku tiba-tiba berdering.Nama Ahmad tertera di skrin, jadi aku terus menjawabnya dalam keadaan mamai dan pelik.Tetapi suara yang aku dengar di hujung talian kedengaran sangat aneh, tersekat-sekat dan tidak jelas.“Weh, tolong aku. Aku tersangkut dekat tingkat empat,” kata Ahmad dalam nada cemas.Aku bingkas bangun dari katil kerana pelik.“Tingkat empat? Kau bukan nak pergi padang ke?”Rumah terlalu murah kadang-kadang mempunyai kisah tersendiri. -Gambar hiasan AIKetika itu aku dengar dia menarik nafas panjang sebelum menjawab, “Aku pun tak tahu. Lif tiba-tiba bawa aku ke sini. Lepas tu pintu lif tak boleh tutup, terbuka je dari tadi. Aku takut.”Aku terdiam seketika. Dalam kepala aku tiba-tiba teringat pesanan keras tuan rumah sebelum ini yang melarang kami menjejakkan kaki ke tingkat empat tanpa memberi sebarang sebab.Sejak saat itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun, memikirkan keselamatan kawan aku tidak boleh biarkan dia sendirian.Aku beritahu dia supaya tunggu dan aku sendiri akan turun mengambilnya.Sebelum melangkah keluar, aku sempat membaca ayat-ayat pelindung diri dan terus menekan lif menuju ke tingkat empat.Anehnya, lif bergerak seperti biasa tanpa sebarang masalah.Sebaik sahaja pintu pintu lif terbuka, suasana terus membuatkan bulu roma aku meremang.Koridor tingkat itu dipenuhi daun kering yang berselerak, banyak lampu sudah pecah dan tidak menyala selain terasa angin perlahan bertiup di ruang kosong seperti sebuah bangunan berhantu yang sudah lama ditinggalkan.Aku memanggil nama Ahmad beberapa kali sambil berjalan perlahan-lahan. Jam ketika itu menunjukkan pukul tujuh malam dan keadaan semakin gelap, membuatkan suasana terasa semakin mencengkam dada.Akhirnya, aku menemui Ahmad sedang berdiri kaku di hadapan pintu tangga kecemasan. Wajahnya pucat lesi, matanya merah seperti baru menangis.Dia memberitahu aku pintu tangga berkunci rapat dan dia sudah cuba menekan semua lif di tingkat itu, tetapi semuanya tidak berfungsi dengan betul.Semua pintu terbuka luas, tetapi lif tidak bergerak turun.Aku cuba menenangkannya dan mengajak Ahmad untukcuba sekali lagi. Kami kemudian masuk ke dalam lif bersama-sama dan menekan butang turun. Pintu lif terbuka seperti biasa, tetapi apabila butang ditutup ditekan, pintu itu tidak bergerak.Kami cuba lagi beberapa kali sehingga akhirnya pintu mula bergerak, namun pergerakannya sangat perlahan seperti ada 'sesuatu' yang menahan dari luar.Ketika pintu hampir tertutup, ia tiba-tiba terbuka semula dengan sendiri secara mengejut.Masa itu kami berdua sudah hilang punca dan terus menjerit ketakutan. Ahmad memeluk aku erat dan aku pula tidak berhenti membaca ayat-ayat pelindung sambil berdoa agar kami selamat keluar dari tempat 'keras' itu.Selepas beberapa saat yang terasa sangat lama, pintu akhirnya tertutup juga dan lif mula bergerak turun seperti biasa.Kami hanya mampu mendiamkan diri sepanjang perjalanan sehingga tiba di lobi.Sejak kejadian misteri itu, Ahmad tidak lagi berani keluar seorang diri.Pengalaman hitam berkenaan kekal menjadi antara gangguan paling menakutkan yang kami alami sepanjang tinggal di apartmen tersebut.