Terdapat beberapa kes yang disiasat pihak berkuasa kekal misteri dan masih belum terjawab. -Gambar hiasan AI
SEORANG individu yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai perisik berkongsi satu pengalaman misteri, disifatkannya sebagai antara kes paling aneh pernah dikendalikan sepanjang 12 tahun berkhidmat dalam pasukan elit perisikan tersebut.Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai syamil_gfm di Threads, sepanjang kariernya dia pernah terlibat dalam pelbagai operasi berisiko tinggi membabitkan kumpulan pengganas, sindiket dadah sehinggalah ejen asing. Bagaimanapun satu kes yang diterimanya dirasakan jauh berbeza daripada tugasan biasa.Katanya kes itu langsung tidak melibatkan penjenayah berbahaya mahupun ancaman besar terhadap keselamatan negara."Bukan penjenayah. Bukan pembunuh. Bukan pengintip. Tapi seorang budak perempuan berumur sembilan tahun. "Kes bermula apabila seorang menteri datang jumpa ketua kami. Dia letak satu fail atas meja," katanya memulakan cerita.Anehnya, di dalam fail misteri tersebut hanya terdapat sekeping gambar seorang murid perempuan lengkap berpakaian sekolah."Tiada nama, tiada maklumat latar belakang dan tiada penjelasan lanjut. Arahan yang diberikan juga ringkas iaitu cari identiti budak tersebut," katanya lagi.Pada mulanya dia menyangka ia mungkin berkaitan kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak.Namun hasil siasatan mendapati budak itu menjalani hidup seperti biasa dengan masih bersekolah dan tinggal bersama keluarganya."Minggu kedua. Aku mula pelik. Setiap kali budak tu keluar rumah orang akan tolong dia. Cikgu. Macam semua orang kenal dia. "Tapi apabila aku tanya kenapa semua bagi jawapan berbeza. Mereka kata... dia pernah tolong saya. Masalahnya budak tu baru sembilan tahun. Macam mana budak tu boleh bantu semua orang ni?" katanya.Lebih menghairankan, semua dakwaan kebaikan diceritakan oleh orang sekeliling melibatkan peristiwa yang berlaku jauh lebih awal daripada usia sebenar kanak-kanak tersebut.Rasa curiga mendorong pegawai risikan ini menemui seorang bekas guru bersara pernah mengenali kanak-kanak berkenaan.Pihak berkuasa sentiasa berdepan dengan pelbagai kes aneh. -Gambar hiasan AISebaik sahaja gambar ditunjukkan, guru terbabit terus mengeluarkan sebuah kotak lama mengandungi puluhan surat simpanan."Surat pertama bertarikh 15 tahun lepas. Surat kedua 12 tahun lepas. Surat ketiga 10 tahun lepas. Aku baca satu demi satu. "Semua surat ditandatangani nama yang sama. Nama budak perempuan itu. Aku terus berdiri. Tak mungkin," katanya.Dia kemudian melaporkan semua penemuan aneh itu kepada ketuanya.Ketika itulah dia diperlihatkan sebuah fail sulit yang mengandungi beberapa keping gambar individu sama."Muka sama. Senyuman sama. Tapi gambar itu diambil pada 1987. Aku rasa bulu roma naik. Aku selak halaman seterusnya, 1998. "Muka yang sama. 2007 juga Muka yang sama dan 2016. Masih muka yang sama. Tak tua langsung," katanya.Menurutnya, ketua unit hanya memberikan satu penjelasan ringkas."Setiap 10 atau 15 tahun, dia muncul semula. Nama dan keluarga berubah, tetapi wajahnya tetap sama," katanya.Pegawai SB ini mengakui gagal melelapkan mata pada malam tersebut kerana mindanya terlalu sarat memikirkan logik perkara yang ditemuinya sepanjang siasatan.Keesokan harinya, dia kembali ke rumah budak berkenaan untuk mendapatkan jawapan.Malangnya rumah itu didapati sudah kosong.Jirannya memaklumkan keluarga tersebut sudah pun berpindah keluar sehari sebelum itu tanpa meninggalkan sebarang jejak.Lebih mengejutkan, jiran berkenaan sempat menyampaikan satu pesanan terakhir yang didakwa ditinggalkan untuknya."Pesanan tu macam ni... beritahu pegawai perisik itu, dia patut lebih banyak luangkan masa dengan anak perempuannya."Aku terdiam. Sebab aku memang ada anak perempuan dan aku tak pernah beritahu sesiapa," katanya.Sejak hari tersebut, budak misteri berkenaan dikatakan hilang tanpa dapat dikesan dan pengalaman itu meninggalkan satu pengajaran besar dalam hidup lelaki itu.Menurutnya, manusia sering terlalu sibuk mengejar urusan dunia sehingga terlupa menghargai insan tersayang yang sentiasa menunggu mereka pulang ke rumah.