Segelintir pendaki sanggup mengambil risiko demi menikmati panorama memukau di puncak. -Gambar hiasan AI
PANORAMA memukau dari aras tinggi sememangnya menjadi antara tarikan utama mengapa lokasi-lokasi pendakian sering dipenuhi orang ramai.Namun, aktiviti itu juga hadir dengan pelbagai risiko, terutamanya jika dilakukan tanpa persediaan yang rapi. Selain risiko kecederaan atau tersesat, pendaki 'terpilih' juga mungkin berdepan gangguan alam mistik yang sukar diterangkan dengan akal logik.Bagi Luqman (bukan nama sebenar), dia sudah serik untuk melakukan aktiviti hiking gara-gara satu pengalaman hitam ketika masih bergelar pelajar.Walaupun sudah lima tahun berlalu, memori malam itu tetap segar di ingatan, malah Luqman akui dia masih trauma setiap kali mengimbau kembali kejadian tersebut.Kisah penjelajahan itu bermula apabila Luqman bersama Kamil, Fadli dan Azlan mendaki sebuah bukit demi mengejar panorama indah matahari terbenam pada waktu senja.Sambil masing-masing sedang leka menikmati pemandangan, Luqman meminta diri untuk ke belakang sebatang pokok, sekitar 30 meter dari tempat rakan-rakannya berkumpul bagi membuang air kecil.Tiba-tiba, suasana sepi di situ bertukar aneh apabila dia terdengar bunyi seperti suara ramai orang, seolah-olah ada majlis kenduri atau sebuah perkampungan yang sedang meriah di atas puncak bukit berkenaan.Banyak risiko menanti jika pendaki tidak berhati-hati. -Gambar hiasan AIMeremang dengan situasi itu, Luqman segera kembali mendapatkan rakan-rakannya dengan wajah yang berubah kelat, namun cuba berpura-pura tenang dan mengunci mulut daripada menceritakan apa yang didengarinya.Beberapa minit selepas itu, telinga Luqman sekali lagi menangkap bunyi bisikan halus dari kejauhan yang seolah-olah sedang menyeru namanya.Sebaik sahaja dia berpaling ke arah datangnya suara itu, jantung Luqman hampir luruh apabila dia terpandang beberapa kelibat individu berjubah putih dengan wajah yang samar-samar sedang berdiri berhampiran pokok tempat dia membuang air tadi.Dalam sekelip mata, Luqman yang sempat menjerit ketakutan tiba-tiba diserang sesak nafas sebelum tubuhnya terkulai lalu pengsan di situ juga.ARTIKEL BERKAITAN: “Kau jangan kacau, nanti aku lempang!” - Berang katil digoncang, taktik berani wanita ini buat hantu di Turkiye ‘insaf’ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ‘pocong’ gegar pintu rumah, wanita guna satu semburan halau makhluk halus... Dakwa tiada lagi gangguanSuasana terus bertukar cemas, membuatkan tiga rakannya panik lalu segera memapah dan mengangkat Luqman untuk menuruni bukit dengan kadar segera kerana bimbang keadaannya menjadi semakin melarat.Luqman akhirnya kembali tersedar ketika mereka berada di dalam kereta, namun dia hanya mampu mendiamkan diri dan termenung sehinggalah mereka tiba di rumah sewa.Memandangkan keadaan Luqman yang masih trauma, pada malam itu juga mereka memanggil seorang pensyarah yang kebetulan merupakan imam masjid kampus bagi melihat keadaan Luqman.Di hadapan pensyarah tersebut, Luqman membuka mulut dan menceritakan satu per satu detik cemas yang dialaminya, sambil pensyarah itu hanya mengangguk faham sambil tekun mendengar.Selepas itu, pensyarah berkenaan menasihati mereka agar tidak lagi mendaki bukit berkenaan, khususnya pada waktu senja.Menurut pensyarah itu, bukit berkenaan sebenarnya mempunyai sejarah hitam tersendiri dan pernah kecoh dengan kes pendaki yang dilaporkan hilang secara misteri beberapa tahun lalu.Malah, dia berpendapat bunyi bising yang didengari Luqman mungkin datang dari kampung bunian yang didakwa wujud di puncak bukit berkenaan.