suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bau hanyir menusuk hidung, lembaga wajah terbakar tepi tiang... Tiga sahabat trauma ‘disambut’ pocong balik ‘midnight movie’

Ruang parkir yang gelap juga berisiko menjadi sasaran penjenayah. -Gambar hiasan AI

HAMPIR setiap minggu tiga sahabat baik iaitu Ziha, Maliqa dan Syuhada (bukan nama sebenar) keluar menonton wayang tayangan lewat malam.

Namun pengalaman menonton filem seram di sebuah pusat beli-belah yang tamat tayangannya sekitar pukul 12.45 tengah malam menjadi memori pahit buat mereka bertiga.

Sebaik keluar dari pawagam, suasana pusat beli belah itu sudah hampir kosong dan hanya beberapa kereta sahaja kelihatan di ruangan parkir.

Mereka kemudian berjalan menuju ke tempat parkir bawah tanah sambil ketawa dan berbual mengenai babak filem yang baru ditonton.

“Eh korang ingat tak kita letak kereta dekat mana tadi?” tanya Maliqa sambil memandang sekeliling kawasan parkir yang kelihatan hampir sama semuanya.

Ziha terus terdiam sebelum menggeleng kepala kerana mereka terlupa mengambil gambar nombor petak parkir seperti kebiasaan.

Lampu parkir ketika itu tidaklah terlalu gelap tetapi cukup suram dengan hanya beberapa lampu malap menerangi kawasan tersebut.

Kawasan tempat letak kereta yang sunyi dan gelap sememangnya menyeramkan pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

Syuhada yang ketika itu sedang datang bulan mula berasa tidak sedap hati apabila suhu di kawasan parkir tiba-tiba terasa sangat sejuk.

“Aku rasa macam ada orang tengok kita lah,” bisik Syuhada perlahan sambil memegang lengan Ziha.

Tidak lama kemudian, Ziha ternampak kereta mereka berada di hujung barisan parkir berhampiran deretan tiang konkrit besar.

Ketika mereka berjalan menghampiri kereta itu, Maliqa tiba-tiba menjerit sekuat hati sehingga bergema satu parkir bawah tanah tersebut.

“Astaghfirullah… apa benda tu?” jerit Maliqa sambil menggigil ketakutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepala terhentak pada stereng, cikgu ‘break’ mengejut ditahan wanita berlumuran darah tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat nak kurus sambil ‘cuci mata’ tengok budak lelaki main bola... Siswi tak sangka diganggu ‘penunggu’ kampus ketika joging!

Di celah tiang parkir itu kelihatan satu lembaga berbungkus seperti pocong berdiri kaku dengan wajah hitam terbakar.

Kain putih pocong itu pula kelihatan sangat kotor dipenuhi lumpur dan tanah seolah-olah baru 'bangkit' dari kubur.

Lebih menyeramkan apabila mereka mula terhidu bau hanyir yang sangat kuat sehingga membuatkan tekak terasa loya.

Ketiga-tiga mereka terus menjerit sambil berlari ke arah kereta.

Mereka bertiga akhirnya berjaya masuk ke dalam kereta sebelum segera mengunci semua pintu dan memasang bacaan al-Quran dari telefon bimbit.

“Cepatlah jalan, aku takut benda tu muncul lagi,” kata Syuhada dalam keadaan suara tersekat-sekat menahan takut.

Ziha cuba memberanikan diri memandang semula ke arah tiang parkir itu namun lembaga misteri tersebut sudah hilang tanpa kesan.

Mereka terus meninggalkan kawasan pusat beli belah itu dalam keadaan senyap kerana masing-masing masih trauma dengan apa yang berlaku.

Sejak malam tersebut, ketiga tiga sahabat itu berjanji untuk tidak lagi menonton wayang sehingga lewat tengah malam.

Artikel Lain