suria

“Lidah panjang masuk celah lubang” - Wanita dedah misteri balan-balan Sabah, ajar cara paling mujarab matikan ilmu hitam

Foto dipercayai balan-balan yang dikongsi oleh pengguna media sosial.

KEJADIAN mistik melibatkan hantu balan-balan bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan penduduk Sabah.

Dalam kepercayaan masyarakat Sabah, ia dikatakan sama seperti hantu penanggal yang popular di Semenanjung.

Ia didakwa muncul dalam keadaan kepala terpisah daripada badan dan terbang bersama usus serta paru-paru yang terurai.

Ada yang percaya balan-balan adalah makhluk halus. 

Namun, ada yang mendakwa ia sebenarnya manusia yang mengamalkan ilmu hitam.

Ia dikatakan terbang pada waktu malam dan akan kembali mencantumkan kepala dengan badan sebelum hari bertukar siang.

Tangkap balan-balan

Di Threads, seorang wanita mendakwa ada penduduk Sabah yang pernah menangkap balan-balan.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi cara yang boleh digunakan untuk menghapuskan makhluk berkenaan.

"Sebenarnya di Sabah dah pernah ada orang tangkap dan kurung, tapi ia pandai keluar. Cara nak hapuskan, kena cari badannya dan bakar je.

"Tapi badannya susah nak dicari, ia diletakkan di tempat yang tak mudah dicari. Keluarganya pun kadang-kadang tak dapat cari.

"Kat Sabah orang tak takut pun balan-alan ni, memang selalu orang kampung akan kejar dan pukul. Cuma kalau ibu mengandung tu, memang takutlah.

"Sebab lidah balan-balan panjang dan boleh masuk melalui celah-celah lubang kecil, rumah kayu memang tak selamatlah," dakwa wanita itu.

Artikel Lain