SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia, dipercayai akibat mengalami jangkitan saluran pernafasan akut di tengah-tengah keadaan udara yang semakin tercemar akibat asap jerebu, pada Jumaat.Kejadian dilaporkan berlaku di Sukadana, Kabupaten Kayong Utara, Kalimantan Barat. Justeru bapa saudara mangsa, Miftahus, menggesa kerajaan Indonesia supaya mengambil tindakan lebih serius bagi menangani kesan jerebu terhadap kesihatan penduduk."Perlu tunggu berapa ramai lagi menjadi korban sebelum kebakaran hutan dan tanah (karhutla) ini diisytiharkan sebagai bencana nasional?" katanya.Miftahus turut meluahkan kebimbangannya apabila keadaan jerebu di kawasan itu didakwa semakin buruk.Menurutnya, usaha menangani kebakaran hutan dan tanah perlu disertai langkah perlindungan kesihatan bagi membantu penduduk yang terjejas."Ayuh kerajaan, bagaimana masalah ini hendak diatasi? Sekurang-kurangnya sediakan vitamin untuk masyarakat. Jangan sampai ada lagi korban."Anak saudara saya sendiri menjadi korban dan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Kepada pihak atasan, tolonglah jangan pandang remeh perkara ini," katanya. -Agensi