suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengotor! Wanita geram lihat pelanggan rasa sos cili calit dengan jari, selamba letak balik dekat rak

Ada segelintir pelanggan mempunyai sikap biadap. -Gambar hiasan AI

ISTILAH pelanggan sentiasa betul tidak seharusnya dijadikan alasan untuk bertindak sesuka hati, apatah lagi apabila melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan.

Seorang wanita meluahkan rasa geram apabila menyaksikan tindakan seorang pelanggan membuka botol sos cili di sebuah pasar raya.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang membeli barangan dan terlihat seorang ibu bersama anaknya berada di bahagian sos dan rempah-ratus.

Tindakan mengeluarkan produk tercemar dengan segera adalah langkah bijak. -Gambar hiasan AI

Tindakan mengeluarkan produk tercemar dengan segera adalah langkah bijak. -Gambar hiasan AI

"Rasa nak marah tapi sabar. Tengah beli barang, ada satu keluarga ini tengah cari barang dapur agaknya. Kemudian mereka lalu di bahagian sos dan rempah-ratus.

"Boleh pula dua beranak ini ambil sos dalam botol dan buka penutupnya.

"Maknya minta nak bau. Kita pun buat-buat tengok sajalah pada mulanya. Sekali mak dia celup dengan jari untuk rasa sos cili itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: SA senior buat tak layan pelanggan pandu Wira, pekerja baharu akhirnya ‘close deal’ dua buah kereta! - “Tengok slip gaji terus kering darah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur tabiat pelanggan suka berkumur di sinki kedai makan! Sudahlah tak siram air, siap buang kahak - “Hilang selera makan tau“

Menurut wanita itu, pelanggan berkenaan dipercayai tidak menyukai rasa sos tersebut sebelum menutup semula botol berkenaan dan meletakkannya kembali di rak.

"Kemudian, satu keluarga itu berlalu pergi. Aku pun cepat-cepat beritahu seorang staf yang ada di situ. 

"Minta dia tanya keluarga itu kenapa rasa sos atau apa-apalah yang perlu ditanya kepada pelanggan berkenaan. Sekali, staf itu tanya aku balik nak tanya apa? Terkedu aku sekejap,” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan bahawa sos berkenaan akhirnya sudah dikeluarkan daripada rak oleh pekerja pasar raya terbabit.

  • Wanita berang lihat pelanggan celup jari dalam botol sos cili di pasar raya.
  • Ibu didakwa menutup semula botol sos selepas merasa menggunakan jari.
  • Wanita terkedu apabila pekerja pasar raya bertanya apa yang perlu dilakukan.
  • Botol sos berkenaan akhirnya dikeluarkan daripada rak jualan.
  • Netizen memuji tindakan wanita itu yang segera memaklumkan kepada staf.

Perkongsian di media sosial itu menarik perhatian netizen yang berterima kasih dengan tindakan wanita yang segera memaklumkan kepada staf pasar raya.

"Terima kasih sebab buat tindakan cepat. Geram pula bacanya, ingatkan yang pilih tukar telur je.

"Betul-betul aniaya sesiapa yang terbeli sos tu. Kenapalah pengotor sangat perangai macam tu.

"Ini antara sebab kenapa saya beli barang ambil yang belakang-belakang, risau jadi macam ni," komen warga maya.

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan