Melihat pasangan lain menimang cahaya mata sememangnya bukan sesuatu yang mudah buat wanita TTC. -Gambar hiasan AI
BAGI pasangan mendambakan cahaya mata, perjalanan menanti kehadiran zuriat bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi selepas bertahun-tahun mencuba.Di sebalik senyuman apabila melihat orang sekeliling menimang si kecil, jauh di sudut hati perasaan sedih tetap bertamu apabila mengenangkan impian sendiri masih belum dimakbulkan. Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui emosinya terganggu apabila abangnya baharu menimang cahaya mata.Apa lebih menghiris perasaan, abangnya menamakan bayinya dengan nama yang sudah lama disimpan sebagai pilihan untuk si kecilnya kelak.Menjalani rawatan kesuburan merupakan antara ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. -Gambar hiasan AI"Koyak sikit malam ni. Hari ini abang aku announce nama untuk bayinya yang baru lahir."Nama yang aku dah lama simpan sekiranya ada rezeki, sejak sebelum kahwin lagi dan semua orang dalam keluarga tahu fasal ini."Mungkin sebab dah lebih enam tahun TTC (trying to conceive), orang pun dah tak rasa yang aku masih ada peluang untuk guna nama itu," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia boleh hamilkan perempuan lain tapi bukan kamu” – Wanita TTC menangis dengar gurauan doktor, menggigil disindir depan suamiARTIKEL BERKAITAN: “Dia berlumba dengan siapa?” - Wanita TTC terasa hati rakan mengadu susah dapat anak kedua, buat-buat tanya tip ‘handle’ emosiBagaimanapun, wanita itu menafikan dirinya menyalahkan abang mahupun ahli keluarga lain atas perkara yang berlaku.Ujarnya, dia memahami bahawa nama tersebut bukan hak mutlaknya dan dia tetap gembira atas pertambahan ahli baharu dalam keluarga."Aku tak salahkan sesiapa pun. Aku tahu nama itu bukan hak aku dan aku ikhlas gembira untuk mereka."Cuma entahlah, sedih juga rupanya. Baca announcement tu, air mata auto meleleh," kongsinya lagi. Seorang wanita sedih apabila abangnya menimang cahaya mata sedangkan dia TTC enam tahun.Lebih meruntun hati, abangnya memilih nama bayi yang sudah lama disimpan untuk anaknya sendiri.Dia tidak menyalahkan abang atau keluarganya dan tetap gembira dengan kehadiran ahli baharu.Netizen memahami perasaannya dan menasihatinya supaya bersabar serta percaya pada perancangan Allah.Mereka beri kata-kata semangat agar wanita itu tidak berputus asa dan mencari nama lain jika dikurniakan zuriat kelak.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan wanita berkenaan namun menasihatinya agar berlapang dada dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.Mereka turut menitipkan kata-kata semangat agar wanita itu terus bersabar dan tidak berputus asa, selain yakin dengan perancangan Allah."Insya-Allah direzekikan untuk kita dalam waktu yang terbaik."Cari lagi nama baru... sama situasi macam saya. Cari lain yang sedap dan makna pun bagus," komen netizen.