suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup buat pinjaman demi Forex, lelaki bukan dapat untung tapi tanggung hutang RM270,000... Gaji tinggal RM400 sebulan!

Hutang boleh mengakibatkan kesengsaraan. -Gambar hiasan AI

KEINGINAN mengubah kehidupan dalam sekelip mata boleh memakan diri apabila seseorang terlalu mengejar keuntungan tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila mendakwa menanggung hutang kira-kira RM270,000 akibat kerugian dalam dagangan pertukaran mata wang asing (forex).

Menurut lelaki itu, dia menyesali keputusan yang dibuat sehingga kehidupannya kini dihimpit masalah kewangan, malah mengakui sukar untuk mencari jalan keluar daripada situasi berkenaan.

Bukan semua individu mempunyai kemahiran dalam dagangan pertukaran mata wang asing. -Gambar hiasan AI

Bukan semua individu mempunyai kemahiran dalam dagangan pertukaran mata wang asing. -Gambar hiasan AI

“Betul la forex tu boleh membunuh. Aku sekarang hutang dekat RM270,000 sebab forex. Cakaplah aku bodoh ke apa. Menyesal tu sangatlah menyesal, tapi dah tak boleh buat apa.

“Tak tahu nak teruskan hidup macam mana sekarang. Cerita dekat orang pun, orang takkan kesiankan kita. Sekarang ni hidup segan tak mahu saja,” katanya.

Lebih menyedihkan, lelaki itu turut mendakwa kehidupannya semakin tertekan apabila terpaksa bekerja keras setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lupa agama demi forex! Wanita kecewa suami tergamak sorok gaji, elak bayar nafkah... Isteri buat 4 kerja nak cari duit

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang waras angkara forex! Isteri ‘makan’ penampar suami gara-gara kerugian, berlaku ‘drama’ rebut telefon di restoran

“Kerja sibuk 24 jam sehari, tapi gaji nanti tinggal RM400 saja. Boleh ke cadangkan kerja yang sesuai? Lesen kereta dan motosikal pun tak ada. Ada ke kerja yang boleh bantu aku bangkit semula daripada semua ni?

“Hari-hari berdoa. Bila beritahu keluarga, mereka sedih, menangis dan risau. Aku rasa bersalah sangat, tapi orang takkan faham.

"Mereka cuma akan cakap dah tahu miskin, kenapa nak berdagang sampai buat pinjaman untuk trade,” katanya.

  • Lelaki dakwa menanggung hutang RM270,000 akibat kerugian Forex.
  • Gaji bulanan hanya berbaki RM400 selepas ditolak komitmen.
  • Mengakui kesilapan membuat pinjaman demi berdagang Forex.
  • Keluarga turut bersedih dan bimbang melihat keadaannya.
  • Menyesal mengejar keuntungan segera, nasihat orang ramai bersyukur dengan rezeki yang ada.

Menurutnya, dia berharap masa dapat diputar kembali agar tidak mengulangi kesilapan sama, selain mengakui kegagalannya menghargai rezeki yang dimiliki sebelum ini menjadi antara perkara yang amat dikesali.

“Kalau masa boleh diputar, saya tak nak berada dalam situasi yang sangat bodoh ni. Saya patut bersyukur dengan apa yang ada.

“Saya nasihatkan semua orang supaya bersyukur dengan rezeki yang ada. Saya penat rasa macam ni. Ada masa rasa macam tak nak hidup dah, tapi kena kuat demi keluarga,” luahnya.

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan