suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri penat jadi ‘provider’ keluarga, suami semakin selesa urus kerja rumah lepas bisnes lingkup - “Akukah tak bersyukur?”

Pembahagian tugas dalam sesebuah rumah tangga perlu jelas untuk mengelakkan sebarang konflik antara suami isteri. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB mencari nafkah sememangnya antara amanah utama seorang suami sebagai ketua keluarga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anak.

Namun, tidak semua rumah tangga melalui perjalanan yang sama apabila ada pasangan terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut demi memastikan kelangsungan hidup keluarga.

Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui dirinya semakin penat apabila terpaksa menanggung hampir keseluruhan perbelanjaan rumah tangga selepas perniagaan suaminya merudum.

Menurut wanita itu, dia pada awalnya tidak kisah menanggung perbelanjaan isi rumah, namun lama-kelamaan keadaan tersebut mula memberi kesan kepada emosi dan perasaannya sebagai seorang isteri.

Tugas dan tanggungjawab utama seorang suami adalah mencari nafkah untuk keluarga. -Gambar hiasan AI

"Aku penat! Aku kerja, aku ada gaji dan aku yang menanggung 99.9 peratus perbelanjaan rumah tangga dan anak-anak. Rumah, kereta semua atas aku. Belanja dapur pun aku," luahnya.

Bagaimanapun, wanita itu tidak menafikan suaminya turut menguruskan beberapa tugasan rumah tangga sepanjang hari dia bekerja.

"Dia? Jadi tukang masak dan sediakan makanan kami pada hari weekdays, hantar ambil anak sekolah, ajar mengaji anak-anak, basuh, sidai dan kutip baju," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ingin putar masa, kembali bekerja walau dapat suami ‘provider’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahukan suami 'provider', jadikan bapa idola dicerca! BF bengang cadangan kongsi komitmen lepas kahwin ditolak

Walaupun menyedari sumbangan suaminya dalam menguruskan rumah tangga, wanita itu mengakui dirinya tetap mendambakan hak menerima mafkah daripada suami seperti selayaknya seorang isteri.  

"Akukah yang tak bersyukur? Aku nak juga merasa jadi isteri yang dinafkahi. Serius, aku dah tersangat penat dari segi emosi.

"Hidup biasa-biasa saja, tak mewah. Cuma tak adalah berlapar walaupun kadang-kadang ikat perut juga. Dah pernah cakap (suarakan), tapi macam tak ada apa-apa," luahnya lagi.

  • Seorang wanita meluahkan rasa penat kerana menanggung hampir semua perbelanjaan rumah tangga selepas bisnes suaminya merudum.
  • Suaminya pula menguruskan kerja rumah seperti memasak, menghantar anak ke sekolah dan membasuh pakaian.
  • Dia mengakui pada awalnya tidak kisah, namun kini semakin penat dari segi emosi.
  • Dia berharap dapat merasai kehidupan sebagai isteri yang menerima nafkah daripada suami.
  • Warga maya menyarankan pasangan itu berbincang demi keharmonian rumah tangga.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati selain mendoakan agar wanita berkenaan cekal menjalani dugaan rumah tangga.

Namun tidak kurang juga ada menyarankan supaya dia lebih bertegas agar suaminya tidak terlalu selesa sehingga mengabaikan peranan sebagai seorang ketua keluarga.

"Dia seorang yang baik, bantu awak. Tapi saya tak ada dalam situasi awak. Jalan terbaik adalah berbincang.

"Waktu solat nanti minta doa supaya Allah kurniakan rasa cukup dalam hidup kau, dan doakan suami kau dapat kerja.

"Tapi dia kena kerja juga. Wajib ke atas lelaki mencari nafkah," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan