PROSEDUR kelahiran secara pembedahan (C-section) sememangnya bukan satu perjalanan mudah kerana ia melibatkan pembedahan major yang menuntut pengorbanan besar seorang ibu.Selain memerlukan masa pemulihan yang lama serta pemantauan rapi sepanjang tempoh berpantang, luka jahitan pada bahagian perut juga berisiko tinggi untuk terbuka atau dijangkiti kuman sekiranya tidak dijaga dengan betul.Perkara itu dikongsikan seorang pegawai perubatan sebuah hospital apabila salah seorang pesakitnya pernah mengalami jangkitan kuman pada jahitan pembedahan tersebut.Situasi lebih berat berlaku apabila si suami bersikap pentingkan diri dan tidak menghiraukan kesakitan isterinya.Wanita yang bersalin secara caesarian perlu diberikan rawatan rapi sepanjang tempoh berpantang. -Gambar hiasan AI Bukan sahaja menolak rawatan susulan di hospital, lelaki terbabit malah meninggikan suara dan menggesa agar isterinya dibenarkan pulang dengan segera hanya semata-mata untuk menguruskan bayi mereka."Datang pasangan suami isteri bersama bayi yang baru dilahirkan, isterinya demam dan tidak bermaya rupa-rupanya luka pada pembedahan caesarian sudah dijangkiti kuman."Jahitan luka juga tidak cantik dan keputusan makmal mengesahkan isterinya mempunyai jangkitan kuman. Saya beritahu kepada suaminya bahawa isteri perlu dihantar ke hospital pakar."Tapi suami dia kata dalam nada tegas... habis, siapa nak jaga anak saya ni? Tak nak, saya nak balik je," ujarnya mengimbas insiden berkenaan.Seorang ibu yang melahirkan secara pembedahan Caesarean (C-section) mengalami demam dan lemah badan akibat luka jahitan dijangkiti kuman.Seorang pegawai perubatan hospital, mendapati keadaan luka pesakitnya tidak memuaskan dan keputusan makmal mengesahkan jangkitan kuman.Doktor menasihatkan pesakit supaya mendapatkan rawatan lanjut di hospital pakar bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.Bagaimanapun, suami pesakit enggan bersetuju dan mendesak isterinya dibenarkan pulang kerana bimbang tiada orang menjaga bayi mereka.Ringkasan ini dijana oleh AIAkui ia sebagai situasi luar jangkaan, dia bagaimanapun enggan menuruti permintaan lelaki terbabit sebaliknya, terus memujuknya tanpa henti sehingga persetujuan diperoleh.Tegasnya, isu keselamatan dan nyawa pesakit bukannya perkara yang boleh dibuat main, apatah lagi apabila membabitkan kes kecemasan yang memerlukan tindakan pantas."Ikutkan hati memang saya mahu marah sahaja, saya memang beri teguran kepada suaminya tentang antara tanggungjawab seorang suami adalah menjaga perihal kesihatan isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda bersalin secara caesarean, persoal keperluan ikut bayi ke klinik - “Aku baru lepas bedah, kau suruh ‘merangkak’ pergi KK“ARTIKEL BERKAITAN: “Macam aku bodoh sangat” - Wanita bengang disindir gara-gara minum teh ais waktu berpantang, pilih dengar cakap doktor daripada mentua"Saya wajib menyelamatkan nyawa pesakit, sudah terang lagi bersuluh bahawa memang isterinya memerlukan rawatan."Lama juga perlu dipujuk akhirnya pesakit berjaya dihantar ke hospital pakar, sampai kena guna ayat al-Quran kepada suaminya," tambahnya lagi.Mengulas lanjut, dia mengingatkan bahawa pasangan suami isteri perlu saling memainkan peranan dalam menjaga kesihatan keluarga, terutamanya apabila ia melibatkan soal nyawa.Dalam konteks kelahiran bayi, keselamatan si ibu wajib dijadikan keutamaan tanpa sebarang alasan, terutamanya bagi mereka yang bertarung nyawa melahirkan anak secara pembedahan.