Fasa berpantang bukan sahaja tempoh pemulihan fizikal, malah mental lebih-lebih lagi perlu menyesuaikan diri dengan rutin baru. -Gambar hiasan AI
TEMPOH berpantang sepatutnya menjadi ruang untuk ibu berehat, memulihkan tubuh dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu selepas melahirkan anak.Namun bagi sesetengah wanita, tempoh ini turut menguji emosi apabila terpaksa berdepan dengan sikap orang sekeliling yang tampil dengan pelbagai pantang larang. Demikian kisah dikongsikan seorang wanita yang meluahkan rasa rimas dengan sikap ibu mentuanya gara-gara suka campur tangan ketika dia melalui fasa berpantang. "Ceritanya, aku post video seorang doktor dekat status WhatsApp. Aku letak kapsyen, aku cakaplah aku dah minum ais sejak berpantang dan Alhamdulillah, baby okay."Cuma makan minum berangin saja aku tak buat eksperimen lagi. Setakat ini aku minum teh ais, baby okay. Hidup teh ais!" tulisnya.Para ibu disarankan mengikut panduan serta nasihat daripada petugas perubatan yang lebih arif. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, perkongsian santai itu mendapat respons berbaur sindiran daripada ibu mentuanya."Terus dia reply macam ini, sekarang tak ada rasa lagi, tunggu dah berumur sikit, baru dapat rasakannya. Hihi," katanya.Tambahnya, ia bukan satu-satunya insiden yang membuatkan dia bertambah meluat dengan sikap ibu mentuanya yang gemar mengkritik cara pengambilan makanan dan penjagaan bayinya."Hari tu laki aku video call mak mentua, nak bagi borak-borak dengan baby. Lepas tu baby menangis yang sampai tak ada suara tu.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang hari ke-19 berperang dengan emosi... Suami tinggal rumah pergi berseronok ‘healing’ di KL!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru bersalin menangis depan misi, terpaksa tipu suami tak pernah tolong cuci luka - “Saya nak tunduk pun susah”"Mentua cakap, ***** tu kena jaga makan. Jangan makan minum sejuk ais. Makan berangin pun kalau boleh stop dulu sebab menyusu badan."Aku yang dekat hujung katil, pandang je laki aku sambil buat muka. Dari hari pertama beranak sampai sekarang, asyik pesan jaga makan."Aku triggered. Macam aku bodoh sangat. Aku bukan makan junk food atau fast food. Aku makan real food," ujarnya. Tambah wanita tersebut, dia akhirnya mengambil pendekatan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' kerana lebih selesa mendapatkan pandangan pakar berbanding bergantung sepenuhnya pada kepercayaan turun-temurun.Seorang wanita luah rasa rimas dengan sikap ibu mentuanya yang suka campur tangan ketika dia berpantang.Wanita itu berkongsi dia sudah minum air ais sejak berpantang dan bayinya berada dalam keadaan baik.Ibu mentuanya menyindir serta mengingatkannya supaya jaga pemakanan, terutama ketika menyusu badan.Wanita itu enggan mengendahkan teguran berkenaan dan lebih selesa merujuk pandangan pakar kesihatan.Netizen memahami perasaannya dan berpendapat ibu berpantang memerlukan sokongan, bukannya tekanan daripada orang sekeliling.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku tak tolak pantang orang lama. Mana yang logik akal aku ambik dan guna pakai," luahnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan wanita itu dan berpendapat ibu yang sedang berpantang memerlukan sokongan serta ruang untuk membuat keputusan berkaitan kesihatan diri dan bayi."Di mana logiknya hari ini langgar pantang, lagi 20 hingga 30 tahun baru rasa sakit?"Jangan stres... Ibu happy, susu banyak, baby pun happy. "Menyiraplah orang tua macam ni, dia pula lebih tahu dari doktor," demikian antara komen netizen.