suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis dedah ‘dark side’ kerja di festival makanan, kembang tekak bos ajar jangan basuh bahan mentah - “Tomyam empat hari tambah air je”

Aspek kebersihan didakwa diabaikan di festival makanan. -Gambar hiasan AI

PENGENDALIAN makanan sangat penting terutama bagi memastikan kebersihan hidangan yang dijual kepada pelanggan selamat untuk dimakan.

Bagaimanapun seorang gadis mendedahkan pengalaman kurang menyenangkan ketika bekerja di sebuah gerai menjual tomyam di sebuah festival makanan.

Menurut gadis itu, dia terkejut apabila pemilik mengarahkan semua sayur-sayuran dan makanan laut tidak perlu dibasuh kerana bahan berkenaan akan dicelur ketika proses memasak.

Festival makanan sentiasa menjadi tumpuan ramai. -Gambar hiasan

Festival makanan sentiasa menjadi tumpuan ramai. -Gambar hiasan 

"Bos sendiri ajar staf tak payah basuh sayur dan makanan laut sebab nanti dah celur, kuman mati.

"Macam udang, sotong dia beli dalam plastik itu terus tuang dekat dulang untuk pelanggan pilih nanti.

"Tomyam pula empat hari acara berlangsung, empat hari itulah top up tambah air sahaja," dakwanya.

Disebabkan bimbang tentang kebersihan makanan, gadis itu berkata biasanya dia akan mencadangkan pelanggan memilih hidangan yang dimasak panas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat kisah sedih apabila tak laku” - Pelanggan muak layan ‘drama’ peniaga festival makanan, hakikatnya jualan tak sedap tapi mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu meriah, sekarang sendu… Ramai perasan ‘food festival’ makin ‘mati’, kaitkan harga makanan tak masuk akal jadi punca

"Walaupun bos ajar begitu, saya tak sampai hati tak basuh (bahan mentah). Saya tetap cuci semua sayur dan makanan laut.

"Sebab itu kalau pelanggan datang, saya memang cadangkan beli makanan yang dimasak terus di tempat kejadian. Saya sendiri pun geli nak makan, apatah lagi nak bagi orang makan," jelasnya.

Dalam perkongsian sama, gadus itu turut mendakwa menerima bayaran gaji sekitar RM120 walaupun perlu bekerja dalam tempoh panjang iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 2 pagi.

"Ini baru sedikit yang aku dedahkan. Banyak lagi dark side food festival ini. Memang aku tak nak kerja dah. Geli betul tengok mereka sediakan makanan," katanya.

  • Gadis dakwa majikan mengarahkan pekerja tidak membasuh sayur dan makanan laut.
  • Udang dan sotong didakwa terus diletakkan dalam dulang untuk dipilih pelanggan.
  • Kuah tomyam dikatakan hanya ditambah air sepanjang empat hari festival.
  • Gadis mendakwa bekerja dari 10 pagi hingga 2 pagi dengan gaji RM120.
  • Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang menghargai kejujurannya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berterima kasih dengan kejujuran gadis berkenaan dalam mencari rezeki.

"Alhamdulillah terima kasih jujur. Tak pernah teringin pergi dan tak rasa nak pergi sebab tahu kebanyakkan bukan makanan yang sihat, mahal pulak tu. 

"Salah satu sebab saya tak nak makan makanan di gerai sebab inilah, restoran pun pilih-pilih je," komen warga maya. 

Artikel Lain