SEORANG suami meluahkan rasa terkejut apabila isterinya sanggup menawarkan rakan baiknya sebagai calon madunya.Bercerita mengenai perkara itu, lelaki berkenaan mendedahkan tawaran itu dibuat selepas wanita itu meluahkan rasa penat melayan permintaannya untuk bersama. Malah wanita itu pernah mencadangkan agar mereka berpisah dan tinggal berasingan agar dia tidak memikirkan mengenai seks."Apa kata kita duduk asing. Masing-masing buat hal sendiri. Mungkin kalau duduk jauh, otak abang tak fikir fasal seks saja," demikian mesej isteri yang dihantar melalui WhatsApp.Segelintir isteri menawarkan rakan baiknya sebagai madu kepada suami. -Gambar hiasan AIMenolak cadangan tersebut kerana masih mencintai isteri, dia bagaimanapun terkejut melihat kelibat rakan wanita itu datang ke rumah seolah-olah ingin 'menjualnya' kepadanya.Selepas tetamu tersebut pulang, isterinya terus bertanya sama ada di mahu menambah isteri sambil memberitahu rakannya berminat untuk berkahwin dengannya."Katanya kawan dia bujang. Tak pernah ada teman lelaki dan minat (jadi isteri kedua).Seorang isteri mencadangkan tinggal berasingan selepas perselisihan mengenai keintiman, namun suaminya menolak.Suami semakin terkejut apabila isterinya menawarkan rakan universiti yang masih bujang sebagai calon isteri kedua.Lelaki itu mengakui tidak mampu berpoligami kerana sudah melakukan dua hingga tiga pekerjaan untuk menyara keluarga.Isterinya menyuarakan hasrat kembali bekerja, manakala si suami mendakwa terganggu hingga lima kali terlepas laluan ke masjid.Warga maya menganggap tawaran itu mungkin cara isterinya mahu melepaskan diri daripada perkahwinan, namun ia sekadar andaian mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia siap cakap yang kawan dia tidak ada masalah kalau nak seks setiap hari, dia menyukainya," ceritanya.Lelaki itu bagaimanapun mengakui tidak layak berpoligami malah demi menanggung isteri dan anak-anak, dia sudah melakukan dua hingga tiga pekerjaan.Susulan itu, dia meminta agar isterinya berfikir jauh mengenai perkara dicadangkan kerana hal perkahwinan bukan keputusan kecil.ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera gaji 18K nikah bini nombor 2! Isteri pertama tolong carikan... Beban berkurang, bahagi ‘tugas’ layan batin suami dengan maduARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulanLuahan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang beranggapan ia mungkin cara halus digunakan isterinya untuk meminta cerai."Saya jamin yang dia sebenarnya nak lepaskan diri je. Mungkin sebab penat dan apabila suami dah kahwin lain nanti, dia akan tinggalkan."Isteri suruh kahwin lain mungkin sebab dia mahu ringankan beban dia jaga awak."Dia dah tawar hati... Kalau rasa tak adil, lepaskan. Rasanya memang taktik dia nak lepaskan diri daripada awak," antara reaksi warga maya.