Isu keutamaan penggunaan lif di pusat membeli-belah sering kali dibahaskan di media sosial. -Gambar hiasan AI
ISU keutamaan penggunaan lif sering menjadi pertikaian khususnya antara golongan membawa kereta sorong bayi dan kerusi roda dengan kumpulan individu yang didakwa malas menggunakan eskalator.Terbaharu, seorang wanita berkongsi detik cemas berdepan tindakan biadab pelancong warga asing yang didakwa menegur suaminya ketika mahu menaiki lif bersama kereta sorong bayi. Menurut wanita berkenaan, ketika itu suaminya sedang sabar menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif selepas memberi laluan kepada penumpang yang mahu keluar terlebih dahulu.Sikap bertimbang rasa perlu ketika menggunakan kemudahan awam seperti lif. -Gambar hiasan AI"Boleh pula ada pelancong perempuan tu dia kat bahagian depan dalam lif, marah suami aku dengan cakap... not enough space."Memanglah tak muat, orang berbadan besar macam kau malas naik eskalator,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Baju pun tak cukup kain!” - Dua wanita sempurna sifat ditegur melulu masuk lif, tak hormat hak ibu bapa bawa ’stroller’ARTIKEL BERKAITAN: Letih asyik kena ‘berperang’ setiap kali masuk lif? Ini 5 tip buat ibu bapa bawa ‘stroller’ bayi di pusat beli-belahWanita itu kemudian membalas teguran berkenaan dengan meminta pelancong terbabit menggunakan eskalator dan menegaskan lif sepatutnya diberi keutamaan kepada individu yang menggunakan kereta sorong bayi."Aku dah cakap elok-elok, dia nak sambung lagi. Aku terus cakap... shut up! Berani dia kata macam tu kepada orang tempatan."Kita pergi negara luar pun kita dahulukan orang tempatan," katanya.Wanita itu menjelaskan bahawa dia bukan sekadar menyebut perkataan berkenaan dengan nada biasa, sebaliknya menengking sehingga pelancong terbabit terdiam.“Kau datang sini sebagai pelancong, hormatilah penduduk tempatan terlebih dahulu."Sejak kes pelancong luar suka buat hal, ditambah Rohingya maaf la aku tak bagi muka," katanya.Wanita berang pelancong tegur suaminya yang membawa stroller.Suami wanita itu didakwa sudah menunggu giliran masuk lif.Wanita meminta pelancong menggunakan eskalator.Dia menegaskan pelancong perlu menghormati penduduk tempatan.Netizen turut berkongsi pengalaman berdepan pelancong yang didakwa biadab.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian luahan itu menarik perhatian ramai warga maya, yang mana rata-ratanya berasa puas hati serta menyokong tindakan berani wanita berkenaan menempelak pelancong yang disifatkan bersikap biadab.“Pernah tegur pelancong Arab yang menghisap vape ketika beratur. Apabila ditegur, terus simpan vape dan minta maaf. Kita jangan biarkan orang lain tidak menghormati warga tempatan."Pernah tengking pelancong China yang potong barisan tandas. Apabila dia beri alasan nak kejar kapal terbang, saya jawab... kami pun sama! Terus dia keluar tak jadi masuk tandas," komen netizen.