suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang long ‘ghaib’ hampir setahun selepas kematian ibu, tiba-tiba buat kemunculan tanya khabar... Adik syak ada kaitan harta pusaka

Kehilangan insan tercinta pasti meninggalkan kesan mendalam buat sesiapa pun. -Gambar hiasan AI

SUDAHLAH diuji dengan kehilangan ibu tercinta, anak muda ini semakin diruntun pilu apabila turut dipinggirkan adik-beradik sendiri.

Lebih mengguris hati apabila abang sulung yang disangka boleh menjadi tempat bergantung, terus hilang dari 'radar' sejak malam tahlil arwah ibunnya.

Namun di saat dia mula menerima takdir yang tertulis, abang sulungnya tiba-tiba muncul bertanya khabar selepas kira-kira tujuh bulan menghilang.

"Mak meninggal masa raya keempat, masa dikebumikan, aku seorang je anak lelaki dia yang sambut jenazah dalam liang lahad.

Anak bongsu sering menjadi mangsa keadaan. -Gambar hiasan AI

Anak bongsu sering menjadi mangsa keadaan. -Gambar hiasan AI

"Malam tahlil, keluarga abang sulung semua 'hilang', tinggal aku bereempat termasuk seorang kakak yang benci aku sampai sekarang.

"Tiba-tiba, abang sulung aku tanya khabar melalui WhatsApp lepas tujuh bulan menghilang," luahnya di Threads.

Menurutnya, mesej diterima itu membuatkan dia teringat suasana hiba yang berlaku ketika majlis pengebumian ibunya.

Mana tidaknya, sepanjang tempoh tersebut, hanya dia sahaja yang menguruskan semua perkara tanpa dibantu adik-beradik yang lain.

  • Anak bongsu meluahkan kesedihan dipinggirkan adik-beradik selepas ibu meninggal dunia pada raya keempat.
  • Dia mendakwa terpaksa menguruskan jenazah ibu tanpa bantuan abang-abangnya, termasuk membasuh kain mandian jenazah.
  • Abang sulung tiba-tiba bertanya khabar melalui WhatsApp selepas kira-kira tujuh bulan menghilang.
  • Pengadu mengesyaki mesej itu berkaitan tanah pemberian arwah ibu, selain mendakwa barangan miliknya di rumah pusaka menjadi rebutan.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak berdendam dan menjaga silaturahim sesama adik-beradik.

"Remuk hati seorang adik. Terpaksa uruskan semua sejak dulu, pikul peranan sulung walaupun saya anak bongsu.

"Mereka semua takut nak basuh kain yang digunakan untuk mandi jenazah mak, akhirnya saya basuh semua. Alhamdulillah tak ada apa pun sampai hari ini," katanya.

Susulan itu, dia beranggapan mesej diterima itu berkait rapat dengan perihal tanah yang diberikan oleh arwah ibu kepadanya.

Ia berikutan, sepanjang ibunya masih hidup, dialah yang menanggung semua bayaran, selain menyatakan kira-kira 95 peratus barangan di rumah pusaka merupakan miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih disisih keluarga, terpaksa berdikari sejak kecil... Abang pula hanya perlu merajuk terus dapat kereta baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Abang buntingkan anak orang tapi adik perempuan jadi mangsa kongkong... Tergamak ibu sendiri hina bodoh, tak cantik!

Selepas berhijrah seorang diri ke kota, pengadu mendakwa adik-beradiknya mula berebut barangan tersebut.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menitipkan kata-kata nasihat agar dia tidak memutuskan silaturahim antara adik-beradik.

"Lembutkan hati dan mengalah dik, tak perlu berdendam. Andainya dengan mengalah itu, silaturahim boleh terjalin balik, besar pahala awak.

"Sedihnya apabila baca kisah macam ini, jadi saya bersyukur jadi anak tunggal," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain