suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita sedih disisih keluarga, terpaksa berdikari sejak kecil... Abang pula hanya perlu merajuk terus dapat kereta baharu

Perasaan dipinggirkan atau dianaktirikan oleh ibu bapa boleh meninggalkan kesan yang mendalam buat seseorang. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa tidak sedar sikap pilih kasih yang ditunjukkan terhadap anak-anak boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap diri mereka.

Seperti wanita ini, dia mendakwa sering menjadi mangsa layanan pilih kasih ibu bapanya apabila segala usaha dan pengorbanan dilakukan tidak pernah dihargai seperti anak yang lain.

"Waktu beli kereta pertama, abang mengadu dekat ibu sebab aku beli kereta sebab dia tak dapat apa yang dia nak.

"Kereta itu satu sen pun aku tak guna duit parents. Aku nak kereta dan aku bayar sendiri bulan-bulan," adunya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mangsa pilih kasih kini hidup ‘senang’, enggan balik raya jumpa ibu, “Jangan pernah ada hati nak minta tolong Along time susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’

Menurut wanita itu, dia juga terkilan apabila ibu bapanya membelikan sebuah kereta untuk abangnya hanya kerana lelaki itu merajuk.

Dakwanya, segala kos membeli kereta berkenaan turut ditanggung oleh ibu bapa mereka.

“Untung dari lesen sampai sebijik kereta semua dapat, hentak kaki terus dapat. Aku yang anak perempuan ni?

“Lesen kereta aku bayar sendiri dan kereta pon aku bayar sendiri. Untung la jadi anak lelaki hentak kaki confirm dapat dah... kalau aku hentak kaki confirm dapat pelempang punya,” luahnya.

Ibu bapa sewajarnya memberikan layanan adil terhadap anak-anak sejak kecil agar mereka membesar dalam suasana yang harmoni. -Gambar hiasan AI

Malah, wanita itu mendakwa layanan berbeza tersebut bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah dilalui sejak dia masih kecil.

Katanya, sepanjang membesar dia sentiasa akur dengan setiap keputusan ibu bapanya termasuk dalam soal pendidikan dan kerjaya namun tetap merasakan dirinya tidak menerima layanan yang sama.

“Dari kecil sampai ke besar aku ni tahan je sabar, sedangkan yang mengikut segala kehendak, aku jugak. 

“Aku dari belajar sampai la kerja, semua diatur oleh ibu ayah, aku nak masuk kolej apa, course apa,” ujarnya lagi.

  • Seorang wanita terkilan dengan ibu bapa yang didakwa beri layanan pilih kasih terhadap dia dan abangnya.
  • Dia berjaya membeli kereta baharu dengan duit sendiri dan perkara itu buatkan abangnya tak puas hati.
  • Abangnya merajuk dan akhirnya ibu bapa tanggung kos beli kereta idamannya.
  • Dia sedih kerana merasakan setiap pengorbanannya tak pernah dihargai.
  • Netizen bersimpati dan berpendapat ibu bapa seharusnya berlaku adil terhadap setiap anak.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan nasib wanita itu.

Malah ramai mengakui pernah melalui pengalaman sama dan berpendapat ibu bapa seharusnya berlaku adil terhadap setiap anak.

“Abang tu cacat ke sampai mak ayah nak kena tanggung semua? Gila tak malu, dah besar panjang pun dengki dengan adik sendiri.

“Sedih… apapun awak patut bangga sebab berdiri atas kaki sendiri,” demikian komen netizen.

Artikel Lain