suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tak jadi berpoligami, kekasih pilih undur diri... Menangis peluk isteri, tanpa berselindung mengaku belum boleh lupa buah hati

Suami yang baik lebih tahu menghormati perasaan isteri sendiri. -Gambar hiasan AI

BELUM reda kekecewaan dengan permintaan suami untuk berpoligami, seorang isteri sekali lagi diuji apabila lelaki itu tanpa berselindung memberitahu merindui kekasihnya.

Apa lebih menghancurkan hatinya sebagai isteri, luahan suaminya itu disertai dengan tangisan yang menunjukkan dia serius dengan hubungan tersebut.

Jelasnya, lelaki itu menyuarakan hasrat berpoligami sekitar sebulan lalu namun berjanji tidak akan meneruskan niat tersebut selagi dia tidak memberi keizinan.

"Ada satu pagi dia menangis sambil peluk saya. Dia kata teringat sangat pada pihak sana.

Utamakan isteri dalam membuat keputusan untuk mengekalkan keharmonian hubungan. -Gambar hiasan AI

"Saya pun sedih apabila tengok suami macam itu tapi saya pun tak mampu menidakkan perasaan terluka sebagai seorang isteri," luahnya.

Ceritanya lagi, keadaan kini bertambah rumit apabila wanita tersebut memilih mengundurkan diri dan mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

Keadaan itu menyebabkan sikap suaminya juga turut berubah kerana masih belum dapat melupakan wanita tersebut.

"Pihak sana pun sudah mengundurkan diri dan memang sudah tidak berhubung dengan suami saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu jadi jutawan nak poligami... Lelaki ini buktikan boleh bina ‘tiga masjid’ hanya bermodal nafkah batin

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tangguh hasrat poligami, tunggu ‘green light’ isteri... Tak sanggup pilih salah seorang, sayang kedua-duanya

"Cumanya suami saya masih teringat. Jadi say pun cuba faham sebab nak lupakan satu-satu perasaan itu bukannya mudah," ujarnya.

Tambahnya, walaupun hatinya sendiri terluka dengan perbuatan suami namun dia tidak mahu menambah masalah dan memilih menjadi pendengar setia setiap luahan suami.

"Sejak kejadian itu dia pun layan saya dengan lebih baik. Sebagai isteri saya tak ada pun menekan-nekan suami saya. Setiap luahan dia saya dengar," katanya.

Perkongsian wanita itu mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya yang mempertikaikan sikap lelaki tersebut.

  • Suami menangis kerana masih teringat wanita ingin dikahwininya.
  • Isteri akui terluka, namun cuba memahami perasaan suami.
  • Suami berjanji tidak akan berpoligami tanpa persetujuan isteri.
  • Wanita berkenaan sudah mengundurkan diri dan tiada lagi hubungan.
  • Luahan isteri itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai berpendapat lelaki tersebut mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan perasaan isteri yang setia di sisi.

"Menangis ingat perempuan lain sedangkan ada isteri sah. Cuba isteri pula menangis teringat lelaki lain?

"Dia menangis peluk awak tapi teringat yang sana? Saya tak boleh hadam dengan suami jenis macam ini.

"Kuatnya hati awak... Masih cuba memahami perasaan suami ketika hati sendiri terluka seperti dihiris pisau. Semoga ada sinar dalam rumah tangga awak," antara komen netizen.

Artikel Lain