suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baran disindir mentua sebab tak bagi hadiah ‘birthday’, menantu terus buat peringatan ‘mesra’ - “Tapak dialisis mak tu saya bayar!”

Tak ramai wanita berani mempertahankan diri apabila mereka 'dibuli' ibu mentua. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila pengorbanannya membantu ibu mentua seolah-olah tidak dihargai, malah diperlekehkan hanya disebabkan dia tidak memberikan sebarang hadiah sempena sambutan hari lahir.

Menurut wanita terbabit, dia akhirnya terpaksa 'mengungkit' semula bantuan kewangan yang pernah dihulurkan sebelum ini sehingga warga emas berkenaan terasa hati lalu terus menamatkan perbualan telefon mereka.

"Ibu mentua saya cerita, dia terima hadiah sempena hari lahir. Ada anak dia bagi bunga, telekung, belanja makan. Kawan-kawan pun bagi hadiah.

Suami sepatutnya memainkan peranan untuk mendamaikan isteri dan ibu. -Gambar hiasan AI

"Dia kata saya je yang belum bagi hadiah. Entah macam mana, mulut saya ni lagi laju daripada otak. Saya kata... tapak dialisis mak tu saya yang bayar.

"Saya kata lagi... Alhamdulillah, mak masih hidup sampai hari ini. Tanpa cakap terima kasih, dia terus letak telefon," ujar wanita itu menerusi Threads.

Tambah wanita berkenaan, dia sememangnya tidak merancang untuk membeli sebarang hadiah kerana sedia maklum dengan sikap ibu mentuanya yang gemar membuat perbandingan.

  • Wanita raih perhatian selepas kongsi cerita tentang ibu mentuanya di Threads.
  • Ibu mentuanya persoal kenapa wanita itu tidak membelikannya hadiah hari lahir.
  • Wanita itu terpaksa ungkit dia pernah bayar kos tapak dialisi ibu mentuanya.
  • Ramai netizen sokong wanita itu yang berani mempertahankan dirinya.

Di ruangan komen, ramai kaum Hawa menyokong tindakan wanita itu yang berani mempertahankan dirinya daripada dibuli ibu mentua.

Pada masa sama, netizen turut menyelar segelintir ibu mentua yang suka membuat perbandingan sehingga melaga-lagakan menantu, ipar dan biras.

"Biasalah orang tua ni kadang bercakap dengan menantu, mereka tak guna otak. Tapi dengan anak dia pandai pula guna otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu

ARTIKEL BERKAITAN: “Senget, tak sekata” - Wanita bengkak hati ibu mentua pandai-pandai potong rambut anak, bertambah ‘panas’ suami anggap bukan isu

"Kau offer je beli batu nisan atau pakej mandi jenazah. Confirm dia tak minta dah tahun depan.

"Tak sedar diri. Jangan minta dekat menantu. Mintalah hadiah dengan anak lelaki kamu.

"Dialisis hanya dapat cuci buah pinggang dia, tapi hati tak dapat dicuci," tulis netizen.

Artikel Lain