Tindakan menegur kesalahan rakan sekerja penting bagi mengajar mereka supaya lebih menghormati orang lain. -Gambar hiasan AI
MEMILIKI rakan sekerja yang baik memang satu rezeki, namun rupa paras serta perwatakan seseorang tidak sentiasa mencerminkan sifat sebenar mereka.Berkongsi pengalaman sendiri, seorang wanita berkongsi kisah pernah bertugas bersama seorang pekerja baharu yang kelihatan pendiam serta kurang bergaul dengan rakan sekerja lain.Menurutnya, suasana di pejabat ketika itu agak meriah dan dia berasa kasihan melihat pekerja baharu terbabit kerap bersendirian.Suasana kerja menjadi menyeronokkan jika rakan sekerja saling memahami. -Gambar hiasan AI “Aku rasa kasihan sebab dia seorang-seorang. Dia nampak sangat baik dan sopan. Bercakap pun lembut. Jadi aku mula ajak dia sertai kami sarapan.“Ada hari dia ikut dan ada hari dia tolak. Aku teruskan seperti biasa sebab dia masih baharu dan aku tak mahu dia rasa tersisih,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kerap ‘outstation’, rupanya ada isteri kedua... Rakan sepejabat mula bercerita, siap ada bukti bergambarNamun begitu, segala-galanya berubah selepas seorang lagi rakan pejabat secara tidak sengaja menjumpai akaun platform X milik wanita terbabit.Rupa-rupanya, pekerja baharu yang disangkakan pemalu itu didakwa sering meluahkan rasa tidak puas hati serta mengutuk rakan-rakan sekerja di media sosial."Dia merentan kat X kutuk semua budak pejabat. Dia cakap aku tak reti bahasa paksa dia makan, lepas tu dia kutuk fizikal orang. Dia kutuk aku sebab suka mekap."Dia namakan aku living canvas sebab aku suka mekap. Macam nak cakap aku perasan lawa gitu. Aku ni kerja sales dan memang bos galakkan aku bersiap sebab nak jumpa pelanggan," jelasnya.Wanita terkejut rakan sekerja pendiam rupanya kutuk warga pejabat di X.Rakan sekerja digelar ‘living canvas’ kerana gemar bermekap.Satu pejabat menjadi sasaran kritikan pekerja baharu di media sosial.Rakan sekerja yang disangka baik akhirnya ‘dibasuh’ sebelum resign.Netizen berkata wajah baik tidak semestinya mencerminkan sikap sebenar.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya lagi, sebaik sahaja perbuatan itu terbongkar, mereka mengambil tindakan menyalin semula kesemua hantaran yang mengutuk staf serta syarikat di papan putih pejabat.“Lepas kantoi, kami tulis semula semua tweet yang dia gunakan untuk mengutuk kami dan syarikat di whiteboard. Kemudian, memang kena ‘basuh’ beramai-ramai sebelum dia akhirnya berhenti kerja.“Yang kelakarnya, semua rakan sekerja aku sebenarnya baik dan tidak toksik pun, tetapi tetap kena kutuk,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan wajah baik tidak mencerminkan sikap sebenar seseorang individu."Muka terpaling suci dan naif ni kadang-kadang paling teruk. Saya ada kawan yang macam ni, dekat belakang dia paling hauk."Saya setuju tapi tak semua yang diam tu jahat sebenarnya, mereka ada sisi gila masing-masing bila kita betul-betul kenal," komen warga maya.