suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuasa doa seorang isteri, suami ketagih ketum akhirnya insaf! Tak mahu anak lelaki ikut jejak bapa ‘kain buruk’

Suami yang ketagihan air ketum mudah marah, agresif, atau mengancam keselamatan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI

KEBAHAGIAN dalam sesebuah rumah tangga sering kali mekar apabila melihat si suami berusaha memperbaiki diri serta berubah menjadi insan yang lebih baik demi keluarga tercinta.

Menurut seorang wanita, hidupnya kini jauh lebih tenang dan bahagia selepas suaminya berjaya meninggalkan ketagihan air ketum yang membelenggu lelaki itu selama bertahun-tahun.

"Alhamdulillah, sudah dua tahun dia bebas ketum. Saya bangga dan yakin, ini pastinya salah satu doa saya yang dimakbulkan. Benda ini tak mustahil kalau nekad nak berhenti.

Kebanyakan lelaki akan berubah menjadi lebih baik selepas mereka memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan AI

"Masya-Allah, saya tak salah pilih suami rupanya. Dia berhenti ketum sebab rasa diri sendiri dah macam kain buruk, teruk sangat. Dia tak nak anak lelaki ikut jejak langkahnya," ujarnya.

Mengimbas kembali kenangan lalu, wanita itu mengakui bukan sahaja tidak pernah putus berdoa, malah pernah merayu dalam linangan air mata supaya suaminya meninggalkan tabiat buruk berkenaan.

"Bertahun-tahun dia minum. Saya hanya tahu selepas beberapa bulan kami kahwin. Saya dah guna macam-macam cara untuk nasihat. Pernah cakap baik-baik, secara kasar, sindir dan macam-macam lagi.

  • Wanita kongsi cerita tentang suaminya yang ketagih air ketum.
  • Dia berkata suaminya juga seorang yang panas baran.
  • Wanita itu tidak pernah berhenti berdoa agar suaminya berubah.
  • Kini suaminya sudah meninggalkan ketum dan hidup mereka lebih bahagia.

"Menangis, merayu, cakap lembut-lembut pun pernah. Saya tak pernah berhenti nasihat. Saya tahu benda tu tak bagus. Tak sedap hati tengok suami bergantung kepada benda tu," ujarnya.

Menerusi hantaran sama, wanita itu turut berkongsi perubahan sikap suaminya selepas dia meninggalkan air ketum.

"Dia memang panas baran, suka marah sebab benda-benda kecil. Dia juga susah tidur, bangun lambat, ponteng kerja sampai dapat surat amaran. Dia juga tak boleh memandu dengan santai.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minum 4 bungkus ketum selama 20 tahun, setiap bulan hutang 1K... Isteri masih bertahan sebab sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Minum sehari satu jag selama 8 tahun, abang lori menyesal jadi kaki ketum... Diri ibarat kain buruk, badan 'rosak'

"Sentiasa nak laju, habis dimakinya kereta-kereta lain. Sekarang, suami saya lebih santai. Sejak berhenti ketum, pukul 9.30 malam dia dah bersedia nak tidur.

"Esoknya boleh bangun awal, solat Subuh awal dan keluar beli sarapan untuk keluarga. Tidur awal, badan tak penat, panas baran pun hilang," ceritanya menerusi aplikasi Threads.

Artikel Lain