RAMAI dalam kalangan kita pernah melakukan kesilapan serta kenakalan sewaktu usia muda sebelum akhirnya menyedari kesan buruknya apabila semakin dewasa.Begitulah yang dilalui seorang individu apabila tampil membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan lampau sekitar tahun 2015. Menurutnya, ketika sambutan majlis hari raya di sebuah sekolah menengah, dia pernah bersubahat dalam perbuatan mencuri beberapa telefon bimbit milik pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.Menginsafi diri adalah tindakan tepat bagi menjadi manusia yang lebih baik. -Gambar hiasan AI“Sekarang saya berusia 26 tahun. Semakin meningkat dewasa, semakin saya sedar bahawa apa yang saya lakukan bukan sekadar satu kesilapan.“Perbuatan itu menyebabkan kerugian, kesedihan dan mungkin menghilangkan kepercayaan mangsa terhadap orang lain,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat kereta kena curi, rupanya housemate punya angkara... Berani ‘duplicate’ kunci, berbulan ‘pinjam’ tak minta izin!ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak ‘line clear’ terus sambar! Lelaki curi pakaian dalam wanita sidai tepi jalan diburu polisTambah individu itu, dia amat menyesali perbuatan tersebut dan ingin memohon maaf kepada semua pelajar yang menjadi mangsa.“Saya tahu ucapan maaf ini tidak dapat mengembalikan telefon yang hilang atau memadamkan apa yang telah berlaku, namun saya berharap kalian tahu bahawa saya benar-benar insaf dan menyesali perbuatan itu.“Saya tidak mengenali identiti mangsa dan tidak mempunyai cara untuk menghubungi mereka secara peribadi. Sebab itu saya memilih untuk membuat permohonan maaf ini secara terbuka,” katanya.Lelaki mengaku bersubahat mencuri telefon pelajar pada 2015.Selepas 11 tahun, dia tampil memohon maaf secara terbuka.Lelaki itu mengaku kesal dan insaf atas kesalahan lalu.Netizen ada yang memuji permohonan maafnya, namun tidak kurang mengecam.Ada yang menyarankan dia mencari mangsa dan menggantikan kerugian.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, dia tidak mengharapkan simpati atau pengampunan, sebaliknya hanya mahu mengakui kesalahan yang pernah dilakukan.“Peristiwa ini menjadi pengajaran terbesar dalam hidup saya. Saya berjanji untuk menjalani kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan jujur serta tidak mengulangi kesilapan yang sama.“Maafkan saya,” katanya.Perkongsian jujur itu memancing pelbagai reaksi netizen dengan sesetengahnya memuji keberaniannya memohon maaf, manakala sebahagian lagi mengecam tindakan lampaunya."Sekiranya awak boleh cari mangsa-mangsa itu, hubungi lah mereka dan langsaikan sekiranya mampu. Jika sebaliknya minta maaflah kepada mereka."Kalau aku jadi mangsa, memang tak akan maafkan. Mesti rasa puas hati tengok hidup kau ditimpa musibah berpunca daripada doa mangsa-mangsa yang pernah kena curi telefon tu," komen warga maya.