suria

[V] Nampak ‘line clear’ terus sambar! Lelaki curi pakaian dalam wanita sidai tepi jalan diburu polis

Tangkap layar aksi seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita di Ipoh, Perak pada Jumaat.

POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.51 tengah hari, Jumaat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran dan jenis yang tidak dapat dikenal pasti dengan jelas telah mengambil pakaian dalam di rumah itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran," katanya pada Sabtu.

Berdasarkan video yang tular [Tonton Video], suspek yang memakai topi keledar jenis separuh dan memakai jaket secara terbalik memberhentikan motosikal di tepi jalan.

Dia yang memerhati keadaan sekeliling kemudian mengambil beberapa pakaian dalam yang disidai di ampaian luar sebuah rumah dalam tempoh kurang lima saat.

Artikel Lain