suria

Beli beras, menang emas! Jasmine Food perkenal basmati LaSella Gold, penuhi cita rasa premium

Beras Basmati LaSella lebih beraromatik dan panjang.

SEIRING peningkatan kesedaran terhadap gaya hidup sihat, pengguna di Malaysia kini semakin cenderung memilih makanan berkualiti tanpa mengabaikan cita rasa tradisi iaitu nasi daripada beras basmati.

Tambahan pula beras basmati mempunyai Indeks Glisemik (GI) lebih rendah sekali gus membantu mengekalkan kestabilan paras gula dalam darah sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang.

Menyedari permintaan itu, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd tampil memperkenalkan rangkaian Basmati LaSella pada tahun 2024 merangkumi pilihan Parboiled dan Steamed bagi memenuhi cita rasa berbeza.

Didorong kualiti konsisten, manfaat kesihatan serta harga berpatutan, jenama LaSella kini muncul antara beras basmati paling pesat berkembang di Malaysia.

Susulan itu, LaSella Gold diperkenalkan kerana menepati standard 'emas' bagi beras basmati premium.

Pengguna berpeluang memenangi emas tulen.

Pengguna berpeluang memenangi emas tulen.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Alan Kwong, pihaknya percaya pengguna masa kini bukan sahaja mencari makanan sihat tetapi mahukan 'pengalaman' bermakna di meja makan.

"Oleh itu, LaSella Gold melambangkan komitmen kami untuk menawarkan beras basmati berkualiti terbaik kepada rakyat Malaysia," jelasnya.

Apa yang menarik, LaSella Gold dihasilkan daripada beras basmati aromatik tradisional yang diperam secara semula jadi, sekali gus menghasilkan rasa lebih mendalam serta aroma tersendiri.

Bukan itu sahaja, nasi yang dihasilkan akan lebih panjang dan sesuai untuk juadah seperti nasi beriani, nasi minyak serta pelbagai hidangan kari, menjadikannya pilihan untuk sajian harian atau majlis istimewa.

Bagi memeriahkan pelancaran, Jasmine Food turut menganjurkan peraduan ‘Beli Beras, Menang Emas’ bermula 1 Mei hingga 2 Julai 2026.

Pengguna hanya perlu membeli produk Jasmine atau Beras Era bernilai RM30 ke atas dalam satu resit di kedai dan pasar raya terpilih di Semenanjung Malaysia untuk berpeluang memenangi emas tulen setiap hari.

Artikel Lain