RAKAMAN video yang memaparkan lakonan adegan di ranjang membabitkan penuntut sebuah universiti mengundang pelbagai reaksi netizen.Menerusi klip tular, turut kedengaran suara sorakan penonton yang seolah-olah terhibur dengan aksi intim membabitkan pelajar lelaki dan perempuan secara terbuka di atas pentas. Apa yang membimbangkan, pelakon wanita dalam rakaman itu adalah seorang yang berhijab kerana mengenakan tudung sarung.Menerusi hantaran yang dikongsikan seorang individu di Thread, aksi tersebut merupakan salah satu babak yang dipentaskan dalam Karnival Teater (Karviter) Universiti Malaya (UM)."Buat maksiat terang-terang, takut kena kecam terang-terang. Tahap pendidikan serendah mana untuk yakin buat adegan macam ni."Berilmu tapi hilang dah malu semua, pengarah Islam, pelakon-pelakon Islam tapi lakonan? Melambangkan secara terang-terangan menyalahi syariat," luahnya di Thread.Tambah individu itu lagi, tindakan penonton yang merupakan golongan pelajar turut memalukan pihak universiti."Pelajar menjerit, bertepuk tangan, memalukan universiti, memalukan agama... scene melampau, dah tak malu ke," ajunya lagi.Pendedahan tular itu kemudiannya mendapat respons daripada pihak Universiti Malaya (UM) pada Khamis.Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, UM menzahirkan permohonan maaf atas kekhilafan serta kegusaran yang timbul.Jelasnya, pihak universiti menetapkan syarat-syarat umum dan peraturan berkaitan yang mana setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif dan provokasi.Malah katanya, sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti juga dihalang."Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang sudah melalui proses tapisan."Ia juga jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan," jelas kenyataan itu.Susulan itu katanya, persembahan berkenaan diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai dan tindakan lanjut sedang dilaksanakan.