ALASAN teringin merasai pengalaman memandu bas akhirnya membawa padah kepada wanita yang tular dalam sebuah video diriba seorang pemandu.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, berkata siasatan mendapati wanita berusia 21 tahun dan pemandu berusia 36 tahun itu baru berkenalan lima bulan lalu. Mereka bekerja di syarikat bas berasingan.Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani kaunter menyatakan minat untuk memandu bas sebelum pemandu lelaki itu membenarkannya memegang stereng seketika ketika melalui susur keluar Bemban Lebuhraya Utara Selatan menuju ke selatan.“Bagaimanapun, tindakan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan serta mengundang risiko kepada penumpang dan pengguna jalan raya lain."Berdasarkan pengakuan lisan, lelaki yang mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai pemandu bas memaklumkan insiden itu berlaku dalam tempoh beberapa minit sebelum memasuki laluan utama lebuh raya," katanya pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemandu riba wanita ketika bas bergerak di lebuh raya, ramai bengang lihat aksi mesra tak kena tempatARTIKEL BERKAITAN: Terima habuan! Pemandu bas riba wanita dibuang kerja serta-mertaKatanya, kedua-dua mereka diambil keterangan kira-kira dua jam dan ditahan pada Rabu sebelum permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Jasin pada Khamis.“Pasangan tersebut ditahan selepas hadir memberi keterangan selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang ini,” katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sebelum ini mStar melaporkan tentang video tular menunjukkan seorang pemandu bas yang membawa penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin di Johor pada Ahad berkelakuan tidak beretika.Susulan penularan video tersebut, syarikat Sri Maju Group dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan pemandu berkenaan.