PEMANDU bas ekspres yang dirakam meriba seorang wanita ketika kenderaan sedang bergerak diberhentikan kerja berkuat kuasa serta merta.Perkara itu dimaklumkan syarikat bas ekspres terbabit, Sri Maju Group selepas mendapati tingkah laku individu tersebut melanggar prosedur operasi yang ditetapkan. Malah mereka menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa penumpang."Kami mengesahkan bahawa pemandu yang dipaparkan dalam video tersebut merupakan pekerja kami."Rakaman video tersebut amat mengecewakan, membimbangkan dan sama sekali tidak boleh diterima."Keselamatan dan keselesaan para penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," tegasnya menerusi kenyataan rasmi pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemandu riba wanita ketika bas bergerak di lebuh raya, ramai bengang lihat aksi mesra tak kena tempatTerdahulu mStar melaporkan tentang video tular menunjukkan seorang pemandu bas yang membawa penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin di Johor pada Ahad berkelakuan tidak beretika.Bagi syarikat bas berkenaan lagi, tingkah laku yang ditunjukkan pemandu itu juga bercanggah dengan tataetika profesional yang ditetapkannya.Dalam pada itu, Sri Maju Group memaklumkan, pihaknya turut membuat laporan polis dan aduan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)."Kami dengan ini memohon maaf dengan setulus-tulusnya dan tanpa sebarang syarat kepada semua penumpang terlibat serta orang awam."Pengguna berhak menerima perkhidmatan yang selamat, bertanggungjawab dan profesional setiap masa," tambahnya.Malah bagi mengelakkan insiden sama berulang, pihaknya melakukan penambahbaikan dengan memasang sistem pengawasan video di dalam bas baharu.Malah, kerja-kerja pemasangan sedang dilaksanakan dengan kadar segera pada bas sedia ada.