suria

[V] Pemandu riba wanita ketika bas bergerak di lebuh raya, ramai bengang lihat aksi mesra tak kena tempat

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

RAKAMAN memaparkan pemandu bas yang meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak tular di media sosial.

Menurut pengadu yang mengaku merupakan salah seorang penumpang, ia berlaku [Tonton Video] ketika bas itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur (TBS) menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

"Min, saya dalam bas ni dari TBS. Lepas kena tegur, girlfriend driver dah mula mencarut macam-macam kat saya.

"Kejadian pada 12 April 2026, pukul 2 petang," dakwa individu yang memuat naik video itu di Facebook.

Video itu dihujani ratusan komen netizen yang rata-ratanya menyelar sikap tidak bertanggungjawab pemandu bas berkenaan.

"Nak 'bertenggek' pun tunggulah bas kosong. Apa punya bingai kamu berdua ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tempik pemandu bas ekspres izin ‘penumpang haram’ ikut balik Kelantan! Panas hati disuruh duduk tempat kelindan

"Agak-agak la kalau nak bercinta pun, tengok tempat la.

"Bawa nyawa orang ramai. Patut kena gantung lesen ni," tulis beberapa netizen.

Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pihaknya sudah memulakan siasatan ke atas pemandu berkenaan.

Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, pemandu berkenaan juga sudah dipanggil memberi keterangan pada pagi Isnin.

"Siasatan segera dijalankan susulan video tular itu. Pemandu dan syarikat bas yang terbabit sudah pun dikenal pasti.

"Pemandu berkenaan juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan pagi ini," katanya.

Sebaik siasatan dilengkapkan, beliau berkata kes akan dirujuk kepada Ketua Pengarah JPJ untuk tindakan dan arahan selanjutnya.

Artikel Lain