suria

“Saya rogol mak waktu dia sujud!” - Remaja menyesal hancurkan maruah ibu, rayu diberi kesempatan bersemuka mohon ampun

Jenayah seksual boleh berlaku di mana sahaja walaupun di tempat beribadat. -Gambar hiasan

SEORANG remaja berusia 18 tahun merayu dengan penuh hiba agar diberikan peluang bertemu dengan ibunya.

Rayuan itu dibuat semata-mata untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadap wanita yang melahirkannya itu.

Berdasarkan perkongsian pengasas Afiz Ayub Foundation, Afiz Ayub, remaja itu terlibat dalam kes jenayah seksual yang menyayat hati terhadap ibunya sendiri.

"Waktu dia sedang sujud, saya rogol mak saya. Tolonglah saya abang, bawa jumpa mak saya. 

"Mak tak terima saya hingga sekarang," rayu remaja itu kepada Afiz.

Selain remaja itu, Afiz memaklumkan terdapat seorang lagi individu yang turut melakukan jenayah seksual di usia muda.

"Umur saya 13 tahun dan kesalahan akhlak yang dilakukan ialah saya rogol adik dan jiran saya pada masa yang sama," kata seorang lagi remaja seperti yang diceritakan Afiz.

Afiz mendengar pelbagai kisah daripada penghuni Pusat Pemulihan Al Nur Barakah. -Gambar Facebook Afiz Ayub

Afiz mendengar pelbagai kisah daripada penghuni Pusat Pemulihan Al Nur Barakah. -Gambar Facebook Afiz Ayub

Menurut Afiz dia mendengar sendiri pengakuan mengejutkan itu ketika berkunjung ke Pusat Pemulihan Al Nur Barakah (PPAN) di Kuala Muda, Kedah.

Katanya kebanyakan penghuni bukanlah datang daripada latar belakang miskin semata-mata, sebaliknya turut melibatkan anak golongan berada termasuk individu berpengaruh.

"Kenapa boleh bersifat begini? Ada yang jawab sebab mak bapa tak kisahkan mereka hingga mereka tersalah pilih kawan yang menjerat pengambilan benda terlarang," katanya.

Sementara itu dalam kalangan penghuni perempuan pula, Afiz berkata ada antara mereka yang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi, namun terjerat hingga murtad dan menjadi pelacur.

Afiz menegaskan pusat pemulihan itu bukan sekadar tempat menahan, tetapi menjadi ruang kedua untuk mereka membina semula kehidupan.

"Ramai pelajar dapat menghafal al-Quran dan jika boleh mereka tidak mahu keluar kerana takut tersesat atau terjerat dengan peristiwa hitam.

"Alhamdulillah ada yang sambung pelajaran hingga ke Syria, Afrika, Jordan apabila tamat pemulihan. Ada lebih 400 orang pelajar menyambung pengajian di Aceh.

"Kini nafsu mereka dipenjarakan agar menjadi manusia yang paling berguna di masa hadapan," katanya.

Artikel Lain