BERAT dugaan seorang wanita apabila dia bukan sahaja menderita kanser payudara tetapi dipinggirkan suami sendiri saat dia memerlukan kasih sayang dan belas daripanya.Perubahan sikap lelaki tersebut selepas wanita itu menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya akibat kanser dan sejak itu suami berubah sikap dan 'hilang' rasa terhadapnya. Penderitaan wanita itu didedahkan sendiri oleh sahabat baik suaminya yang melihat sendiri layanan buruk dibuat lelaki itu terhadap isterinya."Mereka mempunya empat orang cahaya mata dan dari luaran nampak bahagia. Sehinggalah isterinya disahkan menghidap barah payudara. Isteri memendam rasa bila suami mula berubah. -Gambar hiasan AI"Sebelah payudara pula terpaksa dibuang dan sejak itu layanan sang suami berubah. Katanya dia sudah 'hilang' rasa," kongsinya.Cerita individu ini lagi, apa membuatkan dia sedih apabila mengenangkan semua pengorbanan yang dilakukan wanita itu untuk sahabatnya.Ini termasuklah menjadi tulang belakang keluarga malah mengirim wang setiap bulan bagi menampung pengajian suami di universiti.Tidak cukup dengan itu, rakannya itu tergamak bernikah lagi dengan seorang gadis berusia 21 tahun ketika sang isteri memerlukan sokongannya melawan kanser.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita puas hati adik kepada madu turut diduakan suami, anggap doa dimakbulkan - “Saya orang pertama tahu berita tu”ARTIKEL BERKAITAN: Baru 7 bulan nikah, wanita giat cari madu demi tunai hasrat suami berpoligami... Percaya mampu adil, beri cukup nafkah"Lebih merobek hati, isteri pertama yang sedang sakit itu diarah keluar dari bilik utama untuk beri ruang kepada isteri muda."Saya nampak sendiri dia campak pakaian isteri pertama dari balkoni. Anak-anak menangis mengutip baju ibu mereka," katanya.Menurutnya lagi, lelaki itu pernah mengeluarkan kata-kata menggores hati isterinya termasuk meminta wanita itu tidak melawan jika mahu dijaga sehingga akhir hayat."Beberapa bulan selepas itu, dia terbang berbulan madu ke Perancis bersama isteri kedua. Pada malam sama, isteri pertama mengalami sesak nafas.Lelaki kongsi kisah wanita dipinggirkan suami selepas hidap barah payudara.Isteri pernah menyara suami ketika susah hingga berjaya.Suami berkahwin lagi dan layanan terhadap isteri berubah.Wanita itu meninggal dunia tanpa suami di sisi.Kisah jadi peringatan agar menghargai pasangan ketika susah dan sakit.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebelum ke hospital, dia sempat mencium anak-anaknya. Dalam perjalanan, dia ada pesan pada saya untuk tengokkan anak-anaknya," katanya.Tambahnya, wanita itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir tanpa kehadiran suami di sisi."Buat para suami, ingatlah… isteri bukan pilihan sementara. Dia amanah. Waktu sihat dipeluk, bila sakit jangan dibuang."Allah tidak pernah lupa setiap air mata yang jatuh dan anak-anak membesar dengan memori itu tersemat dalam jiwa mereka," katanya.