suria

Pemuda terkedu lepas 20 saat bekal masuk microwave, rakan sekerja baru panaskan lauk tak halal - “Termenung tengok udang sambal mak”

Ketuhar gelombang mikro di pejabat untuk kegunaan umum. -Gambar hiasan AI

TOLERANSI antara rakan sekerja antara elemen penting dalam memastikan hubungan yang terjalin sentiasa terjaga termasuk semasa menggunakan kemudahan bersama di pejabat.

Bagaimanapun tindakan pentingkan diri salah seorang rakan sekerja membuatkan pemuda ini dirundung dilema dan tidak berselerea menjamah bekal yang dibawa.

"Aku panaskan bekal lunch guna microwave di pejabat dalam tempoh 20 saat.

Ramai yang gemar membawa bekal untuk makan tengah hari di pejabat. -Gambar hiasan AI

Ramai yang gemar membawa bekal untuk makan tengah hari di pejabat. -Gambar hiasan AI

"Semasa masuk pantri itu, ada seorang aunty ini baru lepas panaskan lauk, jadi aku tegur dia hanya lunch bihun dan daging saja ke.

"Sekali dia jawab yang dia makan bihun dengan daging khinzir," luahnya di Threads.

Bukan sahaja terkedu mendengar jawapan ringkas dan jujur rakan sekerjanya itu, dia turut terfikir 'nasib' makanan dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro berkenaan.

  • Pemuda panaskan bekal di pejabat, sempat bertegur sapa dengan rakan sekerja.
  • Terkejut apabila wanita itu beritahu makan bihun dengan daging khinzir.
  • Dia mula was-was bekal udang sambal dipanaskan dalam microwave sama.
  • Luahan di media sosial undang pelbagai pandangan netizen.
  • Ada cadang asingkan microwave halal dan tidak halal di tempat kerja.

Mana tidaknya, dia berasa was-was mengenai menu udang sambal yang dimasak ibunya berikutan wanita itu telah memanaskan daging khinzir yang diharamkan untuk umat Islam.

"Termenung aku tengok udang sambal mak aku dalam microwave tu," adunya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya selain tidak kurang juga yang tampil dengan hukum masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Senior pejabat buat muka tak malu, ratah daging bakar nasi kerabu sampai tinggal sikit! - “Dia cakap nak rasa je”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jaga ‘ikhtilat’ dikutuk enggan keluar makan dengan lelaki ‘ajnabi’ - “Tak rilaks, bukan kita menggatal pun!”

"Sebab itu syarikat kena sediakan dua microwave untuk pekerja, satu halal satu lagi untuk makanan tidak halal.

"Tempat kerja saya memang strict, makanan halal sahaja yang boleh guna microwave dan peti sejuk.

"Kalau tempat kerja majoriti bukan muslim, kita tak perlu rasa yang semua kena aware dengan sensitiviti makanan kita," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain