PELAKON veteran Mak Wan Latah meluahkan rasa terkilan apabila sering dianggap sebagai individu yang gemar meminta bantuan untuk meneruskan kehidupan.Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 65, menegaskan dia tidak pernah meminta-minta, sebaliknya hanya terbuka menerima bantuan daripada pihak yang prihatin terhadap keadaan dirinya. "Saya bukan tak nak bantuan tapi saya juga tak nak meminta... saya tak nak orang kata saya asyik meminta tak sudah.Mak Wan tak mahu meminta-minta bantuan."Saya cuma nak kerja saja. Bagilah saya kerja walaupun dalam sebulan mungkin cuma ada dua kali (tawaran lakonan). Itu pun Alhamdulillah," katanya kepada mStar.Meskipun mengalami masalah kesihatan, Mak Wan berkata ia sama sekali tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan.Malah, dia yang juga penerima Baitulmal mengakui bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya sehari-hari.ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Mak Wan Latah makin merosot, hanya mampu makan roti untuk elak semputARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah dah tak ada duit, sedih tiada produksi mahu ambil berlakon"Saya memang ada masalah sakit lutut, tapi kalau ada job saya terima saja."Sakit lutut ini tidak menyusahkan. Saya boleh berehat lepas shoot dan kalau ada babak lain saya boleh bangun semula," luahnya.Lebih menyedihkan apabila Mak Wan mendedahkan ada tawaran lakonan dibatalkan dan dipercayai kerana kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini. Jangan libatkan saya dan kasihanlah saya.MAK WAN LATAHPELAKON"Tawaran itu ada tapi entah macam mana tak jadi ambillah, macam-macam alasan ada saja yang tak kena. "Saya tahu saya ada kontroversi sebelum ini, tapi bukan salah saya. Jangan libatkan saya dan kasihanlah saya," ujarnya.Tidak mahu terus bergantung harap terhadap kerjaya lakonan semata-mata, Mak Wan memberitahu dia ada mencuba nasib dalam bidang perniagaan.Mak Wan pernah cuba berniaga untuk sara hidup.Namun, atas faktor-faktor tertentu, perniagaan yang cuba diusahakan olehnya itu tidak menjadi."Saya pernah berniaga tapi tiada orang bantu. Saya pula pergi berniaga naik bas. Saya bawa semua barang-barang sendiri, kita tiada kenderaan. "Tapi kalau dah Allah kata sampai situ saja rezeki kita, sampai situ sajalah," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube