USAHAWAN Asyraf Khalid meluahkan rasa lega apabila berpeluang membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pelakon Nur Fazura berhubung kenyataannya sebelum ini yang didakwa menyentuh isu peribadi aktres berkenaan.Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 34, menyedari tindakannya memberikan komen mengenai urusan rumah tangga orang lain adalah satu kesilapan. "Saya sendiri rasa bersalah, sebab selepas saya buat komen mengenai mereka, ramai juga cakap yang saya tidak sepatutnya masuk campur urusan rumah tangga orang. Saya pun rasa macam betullah ketika itu.Asyraf enggan lagi masuk campur urusan rumah tangga orang lain. "Dan selepas itu saya tidak ada peluang untuk jumpa, minta maaf. Jadi bila ada peluang, itu yang terbaik. Saya cakap minta maaf untuk apa yang saya lakukan. Saya tak patut masuk campur dan dia terima," katanya kepada mStar.Kata Asyraf lagi, meskipun Fazura bersikap terbuka dan memaafkannya namun aktres itu mengakui terasa hati dengan komen yang dilemparkan sebelum ini."Dia tak kisah sangat pasal apa semua itu, cumanya dia terasa dengan komen saya. Tetapi dia terima dan kami berbual seperti biasa. Tidak lagi janggal. Itu pertama kali jumpa dia selepas perceraian.ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Khalid mohon maaf kepada Fazura - “Saya tidak sepatutnya campur urusan orang lain”ARTIKEL BERKAITAN: Caprice mohon maaf, bakal terima saman daripada Asyraf Khalid"Bila reaksi dia baik seperti itu, lagilah buatkan saya rasa serba salah dan akui memang tidak patut berbuat seperti itu. Dia baik, terima maaf saya," ujarnya lagi.Ditanya apakah yang mendorongnya untuk merendahkan ego, Asyraf menjelaskan bahawa dia cuba meletakkan diri di tempat Fazura dan membayangkan sekiranya dikhianati oleh kenalan sendiri.Malah, dia juga tidak berkecil hati apabila menerima serangan netizen di media sosial kerana menganggap perkara itu adalah teguran yang wajar atas kesilapannya itu.Asyraf akui kesal dengan tindakannya sebelum ini. "Saya juga orang biasa selalu buat salah, tidak 'perfect'. Bila saya letak diri dekat tempat Fazura, memang rasa dikhianati apabila orang yang kenal, mengata dan komen benda tidak elok."Saya tidak terlalu terasa (serangan netizen) sebab memang betul saya tidak patut masuk campur. Saya kena terima sahaja sebab saya sudah buat salah kan," jelasnya.Sebelum ini Asyraf dan isterinya, Tya Arifin dikecam netizen susulan tindakan mengupas isu pergolakan rumah tangga Fazura dan bekas suami, Fattah Amin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube